[VIDEO] Samsung Galaxy Fold, Telefon Skrin Boleh-Lipat Berharga RM8,000

Ini adalah berita baik buat semua peminat gajet terutamanya peminat Android kerana telefon pintar dengan skrin boleh-lipat akhirnya telah dilancarkan.

Samsung hari ini memulakan acara Unpacked mereka dengan memperkenalkan telefon pintar boleh-lipat mereka yang boleh dilipat, dinamakan sebagai Samsung Galaxy Fold.

Jelas sekali pa yang menariknya, telefon yang diperkenalkan oleh Samsung kali ini mempunyai skrin yang boleh dilipat.

Perincian bagi Samsung Galaxy Fold berukuran 7.3 inci infinity flex display membolehkan telefon itu dilipat mengikut saiz poket anda pada ukuran 4.6 inci.

Dalam pada itu, peranti ini juga dilengkapi ruang simpanan 512 Gigabite, 12 Giigabite Ram dan Processor Qualcomm 7nm octa core serta kelajuan internet LTE dan 5G.

Bagi anda yang suka melakukan pelbagai kerja pada satu masa yang sama, Galaxy Fold boleh membantu anda.


Paparan skrin yang besar membuatkan anda boleh menonton Youtube sambil membalas Whatsapp dan juga mencari maklumat di Google.

Untuk rakaman gambar, ia turut dilengkapi tri-kamera belakang, dwi-kamera hadapan, dan satu kamera Single Cover, sekaligus membolehkan pengguna merakamkan gambar dalam pelbagai mod peranti tanpa ketinggalan sebarang detik penting.

Samsung Galaxy Fold juga dilengkapi dengan bateri kekuatan 4,380 mAh dan akan mula dijual di Amerika Syarikat bermula 26 April depan dengan harga AS$1,980 (RM8,000).