[VIDEO] “Risau her safety..” Menempel di Kereta Harap Sedekah, Kecantikan Pengemis Jadi Perhatian

Umum mengetahui, Perkara ini bukanlah suatu isu yang baharu tetapi kini semakin ramai peminta sedekah yang mengemis di lampu isyarat.

Mesti anda pernah berhadapan dengan pengemis yang mengetuk cermin pintu kereta.

Apa yang diharapkan mereka adalah secebis ihsan daripada masyarakat untuk memberi sedikit wang buat mengalas perut mereka.

Namun lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki didatangi pengemis yang kelihatan seperti gadis muda sewaktu membehentikan kenderaan bagi menunggu lampu isyarat merah mencuri tumpuan ramai pihak.

Menerusi video tersebut, dia kelihatan menantikan sedikit sumbangan tanpa berkata apa-apa dan cuma mengetuk cermin pintu kenderaan sahaja.

Kecantikan menjadi tumpuan ramai

Walaupun dia kelihatan sedikit tidak terurus serta memakai pakaian lusuh, namun tidak dapat disangkalkan kecantikan gadis berkenaan yang dikatakan mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri.

Lihat sajalah kecantikan bibir kecilnya, mata yang bulat serta keningnya yang begitu ‘on point’ dan kulitnya yang sawo matang nyata membuatkan para netizen terpegun.

Bukan itu sahaja, malah pemuda yang memberi derma itu juga kelihatan terpesona dengan kecantikan gadis tersebut.

Video yang tular di TikTok:

@kylietot21♬ Hero – Cash Cash,Christina Perri

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 4.2M tontonan, 191.3K tanda suka, 6416 komen dan 1609 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji akan kecantikan anak gadis tersebut. Dalam masa yag sama, ada juga yang mengatakan gadis ini mempunyai kriteria untuk dijadikan sebagai model.

“i’m worried about her safety.. she’s pretty..”

“her beauty is perfect for modeling”

“Let’s make this viral”

“she looks like an anime character”


“she’s a natural beauty, i hope that someone will notice her”