[VIDEO] Rindu Ustaz Hamadi? Ini Kompilasi Lagu Nyanyian Ustaz Hamadi Dalam Nur 2

Malam semalam, Drama Nur 2 akhirnya melabuhkan tirainya dengan segala persoalan yang menghantui fikiran para penonton sudah pun terjawab.

Malah ramai juga yang sangat berpuas hati dengan pengakhiran drama tersebut walaupun dikatakan agak ‘rushing’ penyudahnya.

Walaupun Syafiq Kyle dan Amyra Rosli watak utama dalam drama Nur 2 ini, ternyata kehebatan lakonan Azhan Rani sebagai Ustaz Hamadi memberi kesan terhadap para penonton.

Gaya Ustaz Hamadi yang bersahaja seolah-olah berlakon tanpa skrip membuatkan penonton sangat geram dengan perangainya itu.

Rata-rata peminat drama Nur 2 berpuas hati dengan apa yang terjadi pada Ustaz Hamadi dalam episod akhir.

Walaubagaimanapun, jika penonton perasan mengenai watak Hamadi ini sepanjang Nur 2, dia kerap menyanyi dalam apa situasi sekalipun.

Lagu-lagu yang didendangkan juga kerap kali menjadi bualan para netizen di media sosial.

Berikut adalah di antara lagu yang menjadi pilihan Ustaz Hamadi dalam drama Nur 2 adalah seperti:

  1. Aku Bukan Malaikat – Dato Seri Siti Nurhaliza
  2. Police Entry – Elizabeth Tan
  3. Comel Pipi Merah – Dato Seri Siti Nurhaliza
  4. Pudar – Datuk Rossa
  5. Sehati dan sejiwa -Haslinda
  6. Bahenol – Animasi Si Nopal
  7. Bobo Dimana – Datuk Seri Alif Syukri, Nur Sajat, Lucinta Luna
  8. Kekal – Ziana Zain

Jom layan Video Kompilasi Nyanyian Ustaz Hamadi Nur 2

 

View this post on Instagram

 

urghh tak sempat lagi aku record single aku dah ada orang buat kompilasi lagu yang aku da ‘sumbang’kan ni?🤔🤔🤭 malam ni aku busy nak buat vocal training ye.. jangan call please!! Posted @withrepost • @adila_yutaka Kompilasi Album Syed Hamadi . TAK SIAPA TAHU. Sebelum dilantik sebagai Pengetua #darulmohsin #Syedhamadi merupakan penyanyi berbakat besar, cuma tak sempat masuk carta muzik-muzik, kalau tak dah masuk #AJL dah. Ni semua #ECAH punya pasal. Siapa suruh ajak madi kahwin. . #nur2 #nur #azhanrani #hamadi #tv3malaysia by @budakijat @tv3malaysia @radiusone_official @dramasangat @dramaradiusone @azhan_rani @khiriah17 @syafiqkylez @sefikkhair @aamyrarosli @azarazmi @therajaatiqullah @fatimahabukar @jalaludinhassan . #nur #ustazadam #mirul #ayahhaji #juita #cikgukamal #repost

A post shared by Azhan Rani (@azhan_rani) on

Bagi yang tidak mengenali Azhan Rani, penglibatan pertama Azhan dalam bidang seni ialah menerusi drama radio bermula pada 2004, ketika berusia 28 tahun, di mana ketika itu hasrat beliau sekadar ingin mencuba dan mengetahui bagaimana drama radio dilakukan.

Sepanjang tempoh itu, Azhan telah menjayakan sebanyak 100 drama radio. Penerbit drama radio RTM, Zuraida yang ketika itu kebetulan datang menonton teater lakonan beliau, Lantai T Pinkie.

Azhan pertama kali tampil bergandingan bersama pelakon berpengalaman Jalaluddin Hassan.

Penampilan televisyen pertamanya ialah pada 2007 menerusi drama Sesuci Cinta Soffiya yang menggandingkan beliau bersama Rozita Che Wan.

Pada tahun 2013, Azhan membintangi filem sulungnya, sebuah filem komedi pasca-apokaliptik arahan Woo Ming Jin lakonan Zizan Raja Lawak, KL Zombi.

Azhan turut membintangi dua lagi filem yang ditayangkan pada tahun sama, Aku Pilih Kamu dan Kolumpo.

Azhan memegang watak sebagai A. R. Tompel dalam filem biopik Saloma arahan Melissa Saila yang dibintangi oleh Nabila Huda yang memegang watak Biduanita Negara Puan Sri Saloma.

Azhan muncul bersama Ayda Jebat dan Syafiq Kyle dalam drama Dekatkan Jarak Kita yang bersiaran di TV3.

Azhan memegang watak sebagai Ustaz Hamadi dalam drama Nur yang dibintangi oleh Amyra Rosli yang bersiaran di TV3 sepanjang Ramadan.

Azhan muncul dalam filem Kalla: Hidup Atau Mati arahan Wan Hasliza Wan Zainuddin yang ditayangkan pada Oktober 2018, serta filem Bikin Filem yang akan menunggu tarikh tayangan.