Pencipta SpongeBob Meninggal Dunia Akibat Penyakit Saraf

Pencipta SpongeBob SquarePants, Stephen Hillenburg telah meninggal dunia pada usia 57 tahun selepas disahkan mengidap penyakit saraf Lou Gehrig pada tahun lepas.

Pengumuman tentang kematiannya itu telah dibuat oleh penerbit rancangan SpongeBob, Nickelodeon di Twitter.

“Kami dengan rasa sedih ingin berkongsi berita kematian Stephen Hillenburg, pencipta SpongeBob SquarePants. Kami menghargai dan memberi penghormatan terakhir buatnya sepanjang hayat dan hasil kerjanya,”

Hillenburg telah mencipta kartun animasi SpongeBob itu berkisarkan tentang kehidupan di dasar laut.

SpongeBob, si span berwarna kuning adalah watak utama dalam animasi itu disamping rakan baiknya, Patrick si tapak sulaiman dan Squidward si kurita.

Kartun SpongeBob pada awalnya bermula dengan terbitan di dalam komik, The Intertidal Zone pada 1989 sebelum ia menjadi animasi yang mula disiarkan pada tahun 1996.