[VIDEO] Resepi Kopi Dalgona Viral Guna 3 Bahan Sahaja, Wanita Ini Kongsi Cara-Caranya

Ramai diantara kita peminat kopi atau ‘latte’. Namun begitu harga minuman tersebut agak mahal diluar.

Jadi baru-baru ini, satu resepi kopi dalgona telah tular di media sosial. Penyediaannya yang senang dengan hanya menggunakan beberapa bahan menjadikan ia telah viral.

Satu resepi berserta video telah dikongsikan oleh Basickeli berserta resepi dan langkah-langkah penyediaannya.

Resepi Kopi Dalgona Viral 

Resepi Kopi Dalgona Viral ini hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Jom try. Oh, frother tu Ely beli dari Ikea je. Nak pakai pemukul pun boleh.

Bahan-bahan untuk menyediakan satu hidangan 

Bahan-bahan
1) 1.5 – 2 sudu besar serbuk kopi
2) 2 sudu besar pemanis ( kami pakai lakanto )
3) 180 ml susu ( boleh tambah/kurang) – *jika perlu dairy-free, boleh baca tips sihat dibawah.
4) 1.5 – 2 sudu besar air panas / suam
5) Ais ( optional )

Cara-cara menyediakannya

1. Campurkan serbuk kopi, pemanis dan air panas. Kacau sehingga larut

2.Kemudian, pukul adunan sehingga kembang menjadi krim kopi. Boleh pakai frother (dalam video), ataupun pemukul automatik/manual.

3. Selepas itu, sediakan gelas / cawan asing, dan masukkan ais. Tuangkan susu ke dalam gelas / cawan tersebut

4. Kautkan krim kopi ke atas susu.

5. Sedia untuk diminum.

 

Tips sihat untuk menyediakan kopi dalgona.

1. Untuk yang hendak dairy-free, anda boleh juga guna alternatif lain seperti susu soya, susu almond dan susu oat. Santan boleh dipakai, cuma rasa kelapa dia kuat juga.

2. Selain alternatif susu yang bukan dairy-free, boleh juga cuba menggunakan heavy cream yang dicampurkan dengan air (nisbah 1:1 = contoh 90ml krim, 90ml air). Ini untuk mereka yang hendak kurangkan gula, dan tidak masalah menggunakan produk dairy (tenusu)

3. Pemanis boleh cuba pakai pemanis alternatif selain gula, seperti erythritol, dan stevia.

4. Serbuk kopi boleh dikurangkan kepada 1-1.5 sudu jika hendak kurangkan kopi/kafein. Boleh juga tukarkan kepada serbuk cokelat jika perut anda sensitif dengan kopi

Selamat mencuba!!!