Lebih 12 Ribu Perkongsian, Ini Resepi Roti Mexican Ala Rotiboy Yang Gebu Dan Sedap

Aroma roti yang dibakar cukup membangkitkan selera terutama sekali roti Mexican yang anda pasti terliur setiap kali ke pasar raya. Lepas terbau aromanya anda mesti beli, bukan? Terbaharu, seorang pengguna Facebook Amy Akim telah berkongsi resipi enak roti Mexican yang anda boleh cuba sendiri di rumah. Memang mudah. Ayuh kita mulakan! Bahan-bahan yang diperlukan buat [...]

Seorang pengguna Facebook Amy Akim telah berkongsi resepi roti Mexican ala Rotiboy yang anda boleh cuba buat sendiri di rumah.

Berikut adalah cara-cara membuat Roti Mexican ala Rotiboy

Bahan-bahan yang diperlukan buat roti:

1) 300gram @ 3 cawan tepung gandum
2) 70gram gula
3) 30gram marjerin
4) Sebiji telur
5) 1 sudu besar mauripan
6) 150ml susu segar
7) Esen vanila
8) Secubit garam
9) Salted [email protected] (untuk inti)

Bahan-bahan yang diperlukan buat topping:

1) 50gram tepung gandum
2) 40gram gula
3) 60gram marjerin
4) Sebiji telur
5) 2 sudu besar nescafe + air suam (sekadar boleh larut)
6) Esen vanila

Cara-cara membuat Mexican bun:

1. Campurkan yis atau mauripan dengan susu segar dan gula, biarkan dalam 10 minit.

2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum dan masukkan marjerin, lalu gaul sampai jadi macam serbuk roti. Kemudian masukkan telur, secubit garam dan esen vanila.

3. Masukkan bancuhan yis atau mauripan tadi dan uli sampai tepung tidak melekat di tangan. Tambah tepung sikit demi sikit kalau adunan lembik dan uli doh dalam 10 minit. Lagi lama uli lagi lembut doh roti.

4. Tutup doh dengan kain yang lembap dan perap doh selama 1 jam.

5. Selepas doh naik, tumbuk-tumbuk doh untuk buang angin.

6. Bahagikan doh kepada 10 bahagian. Saya buat 50gram untuk setiap doh jadi boleh dapat 13 biji roti.

7. Masukkan butter dalam doh jadikan inti roti dan bulat-bulatkan. Letak atas baking tray yang disapu marjerin dan tutup serta biarkan dalam 10 minit.

8. Sementara itu boleh sediakan topping. Kisar marjerin dan gula, kemudian baru masukkan bahan-bahan lain dan masukkan tepung akhir sekali dan kisar hingga sebati. Masukkan dalam piping beg.

9. Buat lingkaran topping dari tengah roti. Cukup topping bahagian atas tidak perlu sampai bawah sebab topping akan cair ke bawah semasa roti dibakar.

10. Panaskan ketuhar dalam 10 minit, baru bakar roti guna api atas dan bawah dengan suhu 170°c selama 20 minit bergantung pada suhu oven masing-masing dan siap.

Resepi Rotiboy mudah ini dikongsikan oleh Puan Amy di laman kumpulan Facebook Masak Apa Hari Ni.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca.