[VIDEO] Reaksi Ayah Menangis Gembira Bila Anak Dapat Result UPU Buat Netizen Tersentuh

Pada 18 Ogos 2020 merupakan tarikh keramat bagi pelajar lepasan Sijil Pengajian Tinggi Malaysia (STPM) dan setaraf yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Menerusi media sosial, ramai yang meluahkan keterujaan, rasa terharu dan tak kurang juga ada yang bersedih menerima keputusan UPU masing-masing.

Kegembiraan disambut bersama bapa

Menerusi laman Twitter, seorang pengguna bernama Amni Syazwina berkongsi momen gembira itu di Twitternya.

Beliau merupakan seorang pelajar lepasan UiTM Kuala Pilah, Amni menangis kegembiraannya apabila diterima masuk ke sebuah Universiti Awam.

Terima kasih Ya Allah

Beliau turut memanjatkan rasa syukur apabila berjaya mendapat tawaran dalam jurusan perubatan.

“Terima kasih ya Allah, Alhamdulillah terima kasih. Reaksi saya dengan ayah bila keputusan UPU keluar”.

“Saya dapat jurusan yang saya nak, alhamdulillah jurusan perubatan,” kongsi gadis berusia 21 tahun itu.

Ayahnya turut gembira dengan kejayaan si anak

Video tersebut jelas memaparkan keteruja dan terharu mendapat jurusan idamannya, Amni berpelukan dengan ayahnya yang turut kelihatan gembira.

Malah, orang ramai juga turut sama mengucapkan tahniah kepada beliau dan terharu melihat kegembiraan dua beranak ini meraikan kejayaan yang dicapai.