[VIDEO] Raikan Kejayaan, Tepukan & Sorakan Gembira Frontliner Buat Rakyat Malaysia Terharu

Perutusan khas pada petang semalam merupakan satu khabar gembira apabila negara telah masuk ke fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Selain kebenaran merentas negeri yang nyata memberi khabar gembira hampir kepada seluruh rakyat Malaysia, pelbagai sektor juga boleh beroperasi seperti biasa.

Ucapan terima kasih kepada barisan hadapan negara

Disamping itu, ucapan terima kasih yang didedikasikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada barisan hadapan negara atas usaha dan semangat mereka dalam melawan melawan Covid-19.

Mendengar ucapan terima kasih Perdana Menteri kelapan itu buat barisan hadapan negara semalam benar-benar menyentuh hati.

Perjuangan barisan hadapan yang berkorban masa, tenaga dan juga keselamatan diri sedikit sebanyak menyumbang kepada penurunan kadar penularan pendemik dalam negera.

Video tepukan penuh suka duka

Menerusi satu perkongsian yang di muat naik oleh seorang pengguna Twitter, satu video barisan petugas kesihatan yang lengkap bersut PPE begitu mengharukan.

“Tahniahh warga kkm dan semua frontliner Malaysia aku sebagai rakyat Malaysia bangga” tulisnya.

Tahniah semua barisan hadapan negara

Video tersebut memaparkan tepukan gemuruh tanda kemenangan atau kejayaan atas usaha dan pengorbanan mereka selama ini.

Melihat kepada kegembiraan mereka walaupun lengkap bersut PPE, nyata seakan satu kepuasan yang jelas terpancar di riak wajah sekumpulan barisan hadapan itu.

Jasa anda akan dikenang

Menjenguk ke ruangan komen, pelbagai reaksi positif dan pujian ditinggalkan netizen buat barisan hadapan negara.


Ucapan terima kasih juga turut diberikan kepada semua barisan hadapan negara yang terdiri dari pelbagai sektor dan juga kepada seluruh rakyat Malaysia yang sama-sama turut mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.