[FOTO] PKP & PKPB Berakhir, Terima Kasih Semua Frontliner Jaga Rakyat Malaysia

Perutusan Khas Perdana Menteri pada petang semalam mampu mengukir senyuman diwajah rakyat Malaysia.

Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dilaksanakan 

Pelbagai sektor boleh beroperasi selepas kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan selepas ini.

Bagi yang jauh diperantauan juga, sempadan negeri telah dibuka. Namun Perdana Menteri turut berpesan supaya kita berusaha mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Antara intipati ucapan Perutusan Perdana Menteri Malaysia, beliau mengumumkan bahawa PKPB yang berakhir pada 9 Jun 2020 akan diganti kepada Perintah Kwalan Pergerakan Pemulihan bermula 10 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Jasamu dikenang frontliner

Apabila PKP dan PKPB dilaksanaka sepanjang lebih kurang tiga bulan ini, ucapan terima kasih buat para anggota pihak berkuasa yang bertugas mengawal segala aktiviti merentas negeri.

Menerusi perskongsian oleh Nibong Tebal kini, beberapa foto telah tular yang memperlihatkan keperitan dan perjuangan mereka menjaga keamanan negara.

“Jutaan Terima kasih kepada semua frontliner PDRM, ATM DAN RELA yg bertugas siang, malam berhujan dan berpanas menjaga rakyat malaysia di sekatan jalanraya seluruh malaysia dalam tempoh PKP & PKPB”.

Pujian dan penghargaan harus diberikan kepada mereka

Tidak dinafikan komitmen mereka terhadap menjaga dan mengawal pergerakan rakyat perlu dipuji, jika tanpa mereka negara kita mungkin tidak mampu membendung gejala penularan Covid-19.

Barisan hadapan yang terdiri daripada pelbagai sektor juga berkorban masa dan tenaga bertungkus-lumus menyekat penularan wabak Covid-19.

Berkorban demi negara

Selain itu, mereka sanggup merisikokan diri sendiri, berkorban masa dan tenaga untuk menabur bakti kepada negara.

Meskipun cuaca tidak mengizinkan dan mereka perlu berhujan dan berpanas mereka tetap menjalankan tugas.

Amalkan norma baharu dalam kehidupan seharian.

Semoga dengan kelonggaran yang telah diberikan, tidak membuatkan kita cuai dan leka dalam membendung Covid-19.

Patuhilah SOP yang telah ditetapkan, dan bersama-sama membudayakan normal baharu dalam kehidupan seharian kita.

Diharap semua pihak memberikan kerjasama dan bertolak ansur supaya wabak Covid-19 sentiasa terkawal.