[VIDEO] “Power gila” Cover Lagu Nabila Razali, Suara Ayda Jebat Jadi Tumpuan Netizen

Lagu Peluang Kedua nyanyian Nabila Razali sering sahaja mencuri perhatian ramai sebaik sahaja lagu tersebut dikeluarkan.

Menerusi Youtube, video lirik Peluang Kedua di Youtube telah mencecah lebih 6 juta tontonan.

Gabungan penyanyi Nabila Razali dan hasil ciptaan Hael Husaini ini nampaknya agak berjaya.

Nabila Razali teruskan karier nyanyian

Sebelum ini, penyanyi lagu ini dihimpit kontroversi gara-gara nyanyian Nabila Razali terkucil sedikit ketika rancangan secara langsung di televisyen.

 

View this post on Instagram

 

Thank you 🙂 Official music video coming real soon 🎥

A post shared by Second Chance 💔 (@nabila.razali) on

Namun begitu, semuanya itu tidak menjadi penghalang buat penyanyi ini dari meneruskan kariernya.

Muzik video rasmi Peluang Kedua tidak lama lagi

Malah, Nabila Razali turut kembali bersemangat untuk meneruskan kariernya selepas rakan artis turut memberikan kata motivasi.

Selain itu Nabila Razali juga turut berkongsikan berita akan hadir dengan muzik video rasmi Peluang Kedua tidak lama lagi.

Aura Hael Husaini

Naskah istimewa dari Hael Husaini kali ini sememangnya tidak dapat disangkal akan auranya.

 

View this post on Instagram

 

Terima kasih Semua kami amat menghargainya 🙏🏻🔥 . @haelers . #haelhusaini #haelers #haeyang

A post shared by HH (@haelhusaini) on

Memang sedap lagu Peluang Kedua ini dan liriknya penuh makna dengan susunan muzik yang cukup membuai rasa.

Ayda Jebat cover lagu Peluang Kedua curi tumpuan

Sementara itu, Ayda Jebat pula memuat naik video cover lagu Peluang Kedua menerusi laman Instagram miliknya.

Ternyata video Ayda Jebat cover Peluang Kedua ini berjaya mencuri perhatian netizen apabila pelakon ini menyanyikan dengan penuh perasaan lagu tersebut.

Selain itu, video tersebut telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 65 ribu likes di Instagram penyanyi tersebut.

Rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai video Ayda Jebat cover Peluang Kedua ini.