[VIDEO] Positif Lepas Swab Test, Wanita Tak Tahan Sedih Terus Nangis Depan Frontliner

Penularan pandemik Covid-19 di negara kita masih berada di tahap membimbangkan. Jangkitan wabaj ini terus meningkat hari demi hari.

Orang ramai turut didedahkan dengan pengetahuan mengenai gejala-gejala yang akan dialami oleh seseorang jika jangkitan Covid-19.

Jika dahulu demam merupakan perkara biasa bagi semua namun ketika pandemik ini menular demam merupakan salah satu gejala jangkitan Covid-19.

Wanita ini kongsi detik disahkan positif Covid-19

Malah jika ada tanda-tanda lain selain demam seperti sakit tekak atau hilang deria rasa, dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Terdapat banyak kisah yang dikongsikan menerusi media sosial mengenai jangkitan wabak ini malah seorang wanita turut berkongsi detik berkenaan apabila disahkan positif.

Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, seorang pengguna bernama Ayana berkongsi pengalamannya.

Beberapa hari demam panas, sakit tekak dan sukar bernafas

Ayana dikatakan sudah beberapa hati mengalami demam panas, sakit tekak dan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Apa yang membimbangkan adalah semua yang dialami oleh Ayana merupakan gejala-gelaja jangkitan Covid-19.

Lalu wanita berkenaan membuat keputusan untuk mendapatkan rawatan di sebuah klinik di Kuala Selangor untuk menjalani ujian saringan secara Antigen dan PCR.

Terus fikir ibu dan ayah yang sudah tua

Setelah menjalani ujian tersebut, betapa luruhnya hati wanita berkenaan apabila kedua ujian berkenaan menunjukkan hasil positif jangkitan Covid-19.

Apa yang terlintas di fikiran Ayana adalah kontak rapatnya iaitu ibu dan ayahnya yang sudah tua dan tidak berapa sihat.


Frontliner bertugas beri kata semangat 

Dalam video tersebut, kelihatan frontliner yang bertugas ketika itu sempat memberikan kata-kata semangat kepada wanita itu untuk tidak berasa down.

Malah, petugas berkenaan turut menasihati Ayana supaya membawa ahli keluarga untuk melakukan ujian saringan kerana mereka kontak rapat wanita itu.

Semoga kekal positif dan terus kuat melawan Covid-19

@sangputeriduyung02/02/21 Nekad pergi buat swabtest..allahuakbar ..result part 2 😔😔😔😔 ##covid19♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan berita yang disampaikan.

Malah, mereka turut menitipkan doa dan memberikan kata-kata semangat supaya Ayana terus kuat dan kekal positif berdepan dengan pandemik berkenaan.

Berjaya raih lebih dari 500,000 tontonan 

@sangputeriduyungAkhirnya.. 2/2/21 aku disahkan positive covid-19 ..Allahuakbar😭😭 ##covid19♬ Mungkin Hari Ini Esok Atau Nanti – Anneth

Perkongsian video berkenaan di aplikasi TikTok telah berjaya meraih lebih dari 500,000 tontonan setakat ini.