[VIDEO] Polis Dan Rider Berani Selamatkan Monyet Di Tengah Highway

Semalam, tular satu video dimana anggota polis dan seorang penunggang motosikal membantu seekor monyet yang mengalami kecederaan akibat dilanggar di sebuah lebuh raya yang sesak.

Di dalam rakaman video itu, monyet tersebut seakan terkulai lemah di tengah jalan dan beberapa anggota polis cuba untuk selamatkannya.

Namun begitu, monyet tersebut seakan garang dan mahu menerkam anggota polis kerana ia dalam keadaan ketakutan.

Tidak lama kemudian, muncul seorang penunggang motosikal yang berani dan memeluk haiwan tersebut dan membawa ke arah hutan kecil di tepi jalan raya tersebut.

“Kerjasama Anggota Trafik dan Rider menyelamat seekor monyet yg dilanggar apabila cuba melintas lebuhraya

“Tahniah dan terima kasih anggota dan rider”

Menerusi ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji dan menyokong tindakan mereka menyelamatkan haiwan tersebut.

Malah, ada juga yang memuji sikap pengguna jalan raya yang bersabar ketika menunggu mereka mengalihkan haiwan tersebut.