[VIDEO] “Perut baba kan ada” Jimat Duit Tak Perlu Beli Buaian, Cara Bapa Dodoikan Anak Buat Netizen Terhibur

Detik indah menyambut kelahiran cahaya mata antara momen indah yang dinantikan oleh setiap pasangan yang berumah tangga.

Namun, apa yang lebih penting selepas kelahiran cahaya mata adalah tanggungjawab yang di pikul ibu dan ayah dalam menjaga dan membesarkan amanah yang diberi.

Setiap anak pasti ada ragam yang tersendiri. Begitu juga dengan kisah yang dikongsikan menerusi satu video yang tular di aplikasi TikTok ini.

Perut suami jadi buaian tidur anak 

Menerusi rakaman video yang tular, seorang lelaki menjadikan perutnya sebagai buaian anak untuk tidur mencuri perhatian warganet di TikTok.

Dalam video yang dimuat naik oleh isterinya memaparkan lelaki berkenaan memegang bayi di bahagian tangan kanan sambil tangan kiri melihat telefon bimbit.

Menerusi laporan mStar, Nur Ain Ramli, 24, berkata, video tersebut dirakam selepas dia selesai menyusukan bayinya, Nur Keisha Humaira yang baru berusia sembilan hari.

Anak terus tidur bila letak atas perut ayahnya

Menurut wanita berkenaan, suaminya Mohamad Naim Muhd Nasir, 29, menidurkan bayi mereka dengan meletakkannya di atas perut.

“Sebenarnya masa ni saya baru lepas menyusukan anak dan pass dekat suami untuk dia tidurkan. Lepas tu dia letak atas perut dan dodoikan anak macam dalam buai.”

“Terus anak kami tidur, mungkin perut baba dia macam tilam empuk kot. Idea tu datang secara tiba-tiba je sebab suami tak terfikir pun nak tidurkan anak macam tu.”

Video itu memang pertama kali anak tidur atas perut suami

“Mula-mula suami tak tahu saya rakam, bila dah masuk For You Page barulah dia tahu dan terkejut sebab views naik tinggi.”

“Ini memang kali pertama dia tidurkan anak di atas perutnya,” katanya yang menetap di Penanti, Pulau Pinang.

Ibu ini yang mesra disapa Ain, suaminya mengambil alih tugas menidurkan anak sejak mereka dikurniakan anak sulung iaitu Muhd Iman Mohamad Naim yang kini berusia empat tahun.

Suami pandai melayan anak-anak

Jelasnya, suaminya yang bekerja sebagai pembantu penyelia di sebuah kilang besi di Perai juga pandai melayan anak-anak.

“Keisha ni anak kedua kami, dia memang tidur tak pakai buai sebab nak biasakan tidur di bawah.”

“Lebih kurang 15 minit macam tu jugalah suami saya tidurkan dia di atas perutnya sebelum baringkan Keisha di atas tilam.”

Anak sulung memang suami yang selalu tidurkan

“Suami saya ni orangnya jenis yang suka buat lawak, soft spoken dan suka melayan anak-anak.”

“Dia memang biasa handle budak-budak, sebelum ni pun anak sulung memang babanya yang selalu tidurkan.”

Jimat duit tak payah beli buai

Menurutnya lain, ada banyak kelebihan suami berbadan besar ni, antaranya jimat duit tak payah beli buai dah.

“Cuma mencabar sikit la nak besarkan anak sulung ni kerana beza empat tahun dengan Keisha.”

“Jadi agak lasak dan hiperaktif sikit la, kena selalu pantau segala aktiviti yang dia buat. Kadang-kadang dalam diam dia suka masukkan jari di dalam mulut adiknya.”

Dia dan suami sanggup lakukan apa sahaja demi kebahagian anak-anak

“Sebab itu la saya tak berani tinggalkan dia berdua kalau suami keluar bekerja,” ujarnya yang merupakan suri rumah.

Ujar ibu kepada dua cahaya mata ini, dia dan suaminya sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan anak-anak mereka.


Kalau ada suami berbadan besar, jangan bagi mereka diet

Malah, Ain juga berpendapat bahawa memiliki suami yang berbadan besar ini juga banyak kelebihannya, salah satunya ialah tidak perlu mengeluarkan wang untuk buaian anak-anak.

“Kalau sesiapa ada suami yang berbadan besar ni kalau boleh jangan la bagi mereka dia diet.”

“Sebab banyak kelebihan suami berbadan besar ni, jimat duit tak payah beli buai dah.”

“Tapi apa-apa pun, bila dah jadi ibu bapa ni kita pasti akan buat yang terbaik untuk anak-anak biarpun terpaksa jadi buaian manual,” katanya berseloroh.

Video yang tular di TikTok

@cikmoshisahajaTilam donlop pon tak boleh lawan perut baba lagi 😂 @kakijoran♬ bunyi asal – MRE丨Keyrul・📍🦖 – TXC丶Keyrul亲69K📍🦖