[VIDEO] Penunggang Motor Berguling Diremmpuh Ford Ranger Dipandu Melulu

“Biar lambat asal selamat” merupakan pepatah yang sering kita dengar. Namun pepatah ini jarang dipraktikkan dikalangan rakyat Malaysia.

Kemlangan jalan raya bukan sahaja terjadi akibat kecuaian diri sendiri, malah ada juga disebabkan oleh sikap tidak bertanggungjawab pengguna jalan raya yang lain.

Orang lain punya salah, kita yang terkena tempias.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Ieda Leenda, video menunjukkan kereta yang dipercayai Ford Ranger yang dipandu secara laju dan bebahaya meremmpuh suaminya yang menaiki motosikal dari arah belakang dengan kuat.

https://www.facebook.com/ieda.leenda/videos/3083506045044696/?t=1

Video tersebut dirakam dengan menggunakan Dash Cam milik pemandu kenderaan lain yang berada di belakang semasa insiden itu terjadi.

Jelas menunjukkan bahawa kereta pacuan empat roda yang datang dari arah belakang dengan kelajuan yang tinggi menukar laluan ke kiri dan memasuki lorong kecemasan sebelum merempuhpenuggang motosikal pada minit 1:06

Kejadian ini berlaku di Lebuh Raya Kuala Lumpur – Seremban arah Kuala Lumpur.

Akibat membahayaakan diri dan pengguna jalan raya yang lain, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor menahan pemandu pacuan empat roda itu di Shah Alam dibawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Kejadian itu dipercayai berlaku kira-kira 11.41 pagi semalam” kata Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof

Dalam kejadian itu, penunggang motosikal mengalami kecederan ringan di kaki serta kedua-dua belah tangan.

Video berdurasi 1 minit 31 saat yang tular di media sosial itu mendapat hampir 500,000 tontonan.

Rata rata netizen marah dan mengutukk tingkah laku pemandu pacuan empat roda yang menyusahkan orang lain itu.

Ada juga diantara netizen yang turut menularkan maklumat tentang kenderaan  pemandu tersebut.

Apa apa pun, harapan agar mereka yang memandu, pandulah dengan selamat dan ingatlah orang yang tersayang. Jangan disebabkan sikap buruk kita, nyawa orang lain melayang.