“Ayah x bg balik rmh selagi x hbs dijual” Budak Tidur Tepi 7-E Takut Dimarahi Ayah

Kisah ini adalah perkongsian Mohd Najid menerusi laman Facebook miliknya. Mari kita sama-sama ikuti perkongsian beliau.

___________

Jam 11.45 malam, selesai bengkel soalan peperiksaan akhir utk hari kedua. Semasa melakukan bengkel td aku dapati mouse laptop kurang berfungsi.

Biasanya bateri lah penyebabnya. Oleh itu sebelum balik kebilik aku ke 7e ditepi hotel utk membeli bateri.

Ditepi 7e aku lihat seseorang sedang tidur diatas lantai tanpa beralaskan apa2. Disebelahnya selonggok barang kelihatan seperti perfume. Mgkn baru balik dr menjaja barangan.

Diperhatikan betul2 rupa2nya yg tidur itu hanyalah seorang anak kecil dlm lingkungan 11 atau 12 tahun sahaja.

Aku selesaikan urusan membeli bateri. Sebelum keluar, kutanyakan pd jurujual tentang anak itu. Katanya anak itu selalu tidur disitu bila penat.menjual hingga larut malam. Satu perasaan anih lahir dr nurani ini.

Keluar dr 7e aku seluk poket dan mengejutkan anak yg baru nak melelapkan matanya. Aku kira dia berusaha utk tidur dgn susah dlm keadaan sejuk lantai mozek tdk beralas dan ditambah dgn hujan yg baru turun.

Aku mengejutkan anak itu dan menghulurkan duit pd nya.

Maaf pakcik, saya tidak minta sedekah. Saya jual barang2 ini dan perlu habiskan sebelum balik kerumah. Aduh.. sedikit manik jernih seakan mahu keluar. Xpe dik, ambil lah..pakcik ikhlas. Tak pe pakcik, kalau pakcik nk tolong, beli lah minyak wangi ini. Jujur nya anak sekecil ini. Lemah rasanya seluruh badan ini. Aku pun membayar sebotol minyak wangi itu.

Rupa2nya tingkahlaku aku diperhatikan oleh seseorang yg juga baru keluar dr 7e yg sama. Dia menghampiri aku dan anak itu serta bertanya bbrp soalan.

Anak itu tinggal di chow kit. Aku pun tidaklah bertanya dimana secara tepàtnya. Ayah dan mak sdh berpisah. Ada 4 beradik. Anak itu belajar di sekolah agama tahfiz.

Orang yg baru keluar dr 7e itu pun membyr wang utk 2 botol minyak wangi. Sebelum dia pergi ditanyakan anak itu..boleh tak pakcik bg sedikit duit utk belanja sekolah adik? Anak itu menggeleng2kan kepala. Aku cuba meyakinkan anak itu tdk mengapa kalau dia ambik duit utk belanja sekolah sahaja. Aku seluk poket.dan hulurkan pd anak itu. Orang itu pun melakukan perkara yg sama. Didoakan anak itu semoga kami berdua dirahmati Allah.

Ya Allah.. mulia nya hati anak ini. Aku begitu sayu melihat dia. Ya Allah kau mudahkan lah urusan anak ini. Kau jauhkanlah bahaya dan Kau jagalah kesihatan nya.

Pasti nya ramai lg anak2 yg sebegini keadaannya.

Kepada sesiapa yg berjumpa dgn anak ini di mana2.. bantu lah dia dgn membeli barang jualannya.

 

Malam tadi saya post tentang anak yang tidur di luar 7e sebelah Hotel Tamu, Kg Baru, KL. Sebelum bertolak balik saya ke 7e utk beli sedikit barang utk anak2.

Semasa membayar, saya minta pekerja 7e hari ni tlg tanyakan no.fon mak anak itu. Abang tak tahu ke? Tanya pekerja tu. Tahu apa? Balas saya. Pekerja tu pun bercerita lah.

Dah lama budak tu tidur ditepi 7e disitu. Bukan shj malam, kdg2 siang hari pun ada. Mak dan ayah sudah berpisah. Ayah nya memaksa anak itu menjual mcm2 barang sperti perfume skrg ni. Ayah x bg balik rmh selagi x hbs barang dijual. Kalau x hbs mmg kena tampaar dan pukuul.

Ya Allah.. besarnya ujianMu buat anak kecil itu. Semoga ada hamba Allah yg tampil membantu dlm apa jua cara.

Sekiranya ada maklumat dr pekerja itu, saya akan post kn semula disini. Sama2 kita doakan dia.

Semoga ada pihak berwajib yang akan membela nasib kanak-kanak ini dari terus dipergunakan dan diabaikan.