[VIDEO] Peniaga Pandu Volkswagen Didakwa Curi Ayam Untuk Bisnes Ayam Golek

Baru-baru ini kerajaan baru saja memutuskan kelonggaran perniagaan untuk semua peniaga di beberapa buah negeri selepas setelah sekian lama perintah kawalan pergerakan diadakan.

Oleh itu ramai yang tidak lepaskan peluang berniaga untuk menyara kehidupan seharian.

Umum mengetahui ramai orang yang terjejas akibat pandemik yang berlaku, namun ia bukanlah ruang untuk kita melakukan perkara yang dilarang oleh Allah SWT seperti melakukan kecurian untuk kesenangan hidup.

Itulah yang terjadi kepada seorang pembekal ayam segar di Kedah yang mendapati ayamnya telah dicuri oleh beberapa orang individu sekaligus mengakibatkan dia mengalami kerugian yang banyak.

Kejadian tersebut telah disedarinya olehnya sekitar pukul 3.30 pagi apabila dia secara tidak sengaja melihat rakaman litar tertutup di kedainya.

Di dalam rakaman tersebut dia melihat sebuah kereta berjenama Volkswagen Golf GTI diletakkan kereta di hadapan kedainya.

Lebih mengejutkan apabila dia mendapati seorang lelaki sedang memanjat masuk ke dalam kedai lalu mencuri stok ayam yang telah di simpan di dalam tong ais untuk berniaga keesokan harinya.

Malah lebih mengejutkan, lelaki tersebut telah dirakam menjalankan perniagaan ayam golek di hadapan medan selera di Bandar Puteri Jaya di sekitar kawasan Sungai Petani berdekatan kedainya.

Bukan itu sahaja, malah bakul-bakul yang digunakan turut dicuri dari kedai pembekal ayam segar yang lain.

Menurut mangsa yang juga peniaga ayam segar yang lain,kegiatan mencuri itu sudah lama dilakukan di sekitar kawasan Sungai Petani malah kini mereka mempunyai bukti yang telah dirakam oleh kamera litar tertutup.

Orang ramai yang juga netizen di media sosial turut mengecam kelakuak pencuri tersebut serta bersimpati terhadap pembekal-pembekal ayam segar itu.

Malah ada yang berkata pencuri itu mampu memakai kereta mewah tetapi mencuri hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri.

Ada netizen juga berkata, mereka bukan sahaja membuat dosa di dunia malah turut memberikan keluarga rezeki yang haram.

Bukan itu sahaja, netizen turut berharap agar pencuri tersebut ditangkap dan dikenakan hukuman oleh kerana perbuatan yang terkutuk itu.

Video tular di media sosial