[VIDEO] Pembantu Rumah Nak Balik Filipina, Aksi Yusuf & Adik Dakap dan Ucap Terima Kasih Buat Semua Sebak

Pasangan selebriti terkenal Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha sering berkongsi kisah hidup mereka bersama pengikutnya di ruangan Instagram.

Tambahan pula keletah Yusuf Iskandar yang sering membuat netizen tersenyum dan juga gelagat Alisa Aisyah yang comel sering mendapat perhatian umum.

Hampir setiap hari ada sahaja video yang tular memaparkan gelagat dua beradik ini yang sering dikongsikan oleh Hanis dan Hairul bersama peminat mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Hairul kongsi video menyentuh hati

Baru-baru ini menerusi ruangan Instagram, Hairul berkongsi satu video menyentuh hati apabila pembantu rumah yang sudah lama berkhidmat dengan pasangan ini mahu pulang ke Filipina.

Video tersebut telah mendapat perhatian ramai bukan sahaja pengikut pasangan ini malah rakan-rakan artis juga turut meninggalkan komen sebak melihat video tersebut.

Yusuf ucap terima kasih

Dalam video tersebut, kelihatan suasana sebak apabila mereka saling berpelukan dan mengucapkan selamat tinggal kepada pembantu mereka yang bernama Melany.

Jelas kelihatan keakraban mereka sekeluarga termasuk anak-anak Haniz yang turut berpeluk kerana menyayangi pembantu mereka itu.

Haniz Zalikha tak dapat kawal sebak

Paling mencuri tumpuan gelagat Yusuf yang begitu sopan mengucapkan terima kasih dan memeluk Melany.

Selain itu, ketika Haniz Zalikha memeluk Melany, dapat dirasakan kesedihan untuk melepaskan seorang pembantu yang begitu berjasa kepada mereka sekeluarga.

Yusuf datang menenangkan ibunya dan Melany

Melihat Haniz menangis dan berpelukan, Yusuf sekali datang kepada mereka dan memeluk keduanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Menjengah ke ruangan komen,rata-rata netizen mengakui sebak melihat momen perpisahan keluarga itu bersama pembantunya.

Rata-rata netizen turut memuji keakraban keluarga ini melayan pembantu rumah mereka seperti keluarga sendiri.