[VIDEO] “Gagal tahan air mata,” Reaksi Azwan Ali Kena ‘Reject’ Live Buat Netizen Terhibur

Selebriti popular Azwan Ali sebelum ini dikhabarkan akan meninggalkan pentas rancangan Lagu Cinta Kita 2 sebagai pengacara dan kuasa netizen membawa beliau kembali sebagai pengacara dalam episod semalam.

Mencuri tumpuan apabila Ziana Zain turut hadir dalam rancangan tersebut sebagai tetamu dan Azwan Ali pernah digosipkan bercinta tetapi Azwan hanya bertepuk sebelah tangan.

Oleh itu, Ziana Zain dan Azwan Ali yang mengenang persahabatan lama lalu mengalirkan air mata membuatkan ramai orang dapat merasai keikhlasan persahabatan mereka berdua.

“Diva AA pengacara terbaik 2020. Baru beberapa episod #LaguCintaKita bersiaran, mesej yang disampaikan sambil mengacara adalah yang terbaik yang saya pernah lihat di dalam seorang pengacara.”

“Selalunya mcmni lah org mulut puaka selalu disalah ertikan but deep down mcm tulah org terdekat je yg faham. Aku pula yg sebak dhlah dengar lagu sedih ni,”

“Wey pecah la diva aa dgn zz ni. Dah malu tuang air kat kak kepom pulak,”

Tidak itu sahaja, Azwan Ali turut bertanya sebab Ziana Zain tidak menerima cintanya pada satu ketika dahulu. Ziana Zain beri jawapan jujur dengan mengatakan Azwan Ali bukannya ‘taste’ beliau.

Video Azwan Ali gagal menahan air mata

Malah, Azwan Ali yang kelihatan malu memberi reaksi mahu tuang air kepada Elly Mazlein pula.

Biarpun dah kena friendzone, Azwan Ali tetap steady katakan Ziana Zain sebagai ‘taste’ beliau.

Rata-rata netizen berasa ‘pecah perut’ melihat gelagat mereka dan cukup terhibur menonton rancangan Lagu Cinta Kita 2 pada malam tersebut.

Malah ramai yang mengharapkan agar gandingan pengacara itu dikekalkan.