[VIDEO] Pemandu Go-Jek Yang Viral Bakal Dikenakan Saman RM1,500 Kerana Rakam Penumpang?

Sebuah video telah menjadi viral sebelum ini membabitkan pemandu e-hailing Go-Jek di Singapura apabila seorang penumpang wanita mendakwa telah diculik oleh pemandu tersebut.

Penumpang itu turut menuduh pemandu berkenaan yang dikenali sebagai Kamaruzzaman Abdul Latif menculiknya hanya kerana membawanya ke laluan yang mempunyai tol.

Lebih teruk lagi, wanita itu turut melaporkan lelaki pertengahan usia itu memandu secara berbahaya.

Video tersebut mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen mempertahankan Kamaruzzaman sehingga ada yang meminta supaya wanita itu didakwa atas kesalahan membuat laporan palsu.

Terbaru, seorang pengguna Twitter Nabil Nordin mengatakan pihak Land Transport Authority (LTA) bakal mengenakan denda sebanyak 500 Singapore Dollar (RM1,500) terhadap Kamaruzzaman.

Satu petisyen diwujudkan dan telah ditandatangani sebanyak 51,000 orang sehingga setakat ini demi menyelamatkan Kamaruzzaman daripada dikenakan tindakan.


Sudah mengetahui berita tentang surat yag dihantar oleh LTA, Kamaruzzaman berkata beliau akan menghadiri temuduga bersama pihak LTA dan mungkin juga akan berunding dengan peguam mengenai isu berkenaan.

Lebih malang lagi, beliau juga mungkin bakal kehilangan lesen memandu PVL dan digam dari Go-Jek.

Perkara ini tentu sekali akan menyukarkan Kamaruzzaman untuk mencari rezeki demi menampung keluarganya.

Semoga Kamaruzzaman mendapat pembelaan sewajarnya dari pihak yang berkenaan agar perkara seperti ini tidak berulang lagi.