Akibat kurang kesedaran sivik terhadap usaha memelihara alam persekitaran menyebabkan segelintir rakyat Malaysia kini bebas membuang sampah di merata-rata tempat.

Kebersihan alam sekitar merupakan tanggungjawab masyarakat setempat dan sepatutnya tabiat membuang sampah merata-rata ini perlu dibendung dan dibuang dalam diri kita.

Terbaru, tular satu rakaman video mengenai seorang wanita yang dikenali sebagai Siti Sitieliza ‘mengajar’ seorang pengguna jalan raya agar tidak membuang sampah dimerata tempat.

@sitisitielizajenis bebal . kereta besaq otok kecek! 🙄 padan muka hg . tu sampah kedua hg buang tau dak? 1st sebelum hg buang tu aku tgk ja . igt xbuang dah. ehhh hg buang 1 lg rilek ja nohhh . bodo piang 🙄

♬ original sound – siti sitieliza

Menerusi video tersebut, difahamkan seorang pengguna jalan raya membuang sampah keluar dari tingkap semasa menunggu lampu isyarat.

Geram dengan sikap tak bertanggungjawab itu, Wanita tersebut bertindak untuk mengutip sampah tersebut dan memberikan semula kepada pemamndu terbabit.

Apa yang lebih menyakitkan hati, rupa-rupanya pemandu berkenaan sudah dua kali melakukan perkara yang sama.

“Jenis bebal! Kereta besar tapi otak kecil! Padan muka hang! Tu sampah kedua hang buang tau tak?”

“Pertama kali sebelum hang buang tu aku tengok je. Ingat tak buang dah. Eh hang buang satu lagi rilek je.”

 

Wanita tersebut turut memaklumkan bahawa pemandu itu terkjut apabila dia memulangkan sampah yang dibuangnya.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 1.3 juta tontonan, 93.3k tanda suka dan 3085 komen di aplikasi Tiktok.

Oleh kerana video tersebut tular, ramai yang ‘request’ untuk wanita itu ceritakan semula apa yang berlaku.

Sehari selepas video tersebut dikongsi, wanita tersebut tampil untuk menceritakan kejadian sebenar yang terjadi pada hari itu.

@sitisitielizashort story utk hampa 😑 aku selekeh sikit mampuih p

♬ original sound – siti sitieliza

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen kagum dengan sikap wanita ini kerana berani menegur sesiapa yang membuang sampah merata-rata. Dia juga sempat memberikan nasihat agar tidak membuang sampah di tempat yang tidak sepatutnya.