[VIDEO] Pelajar Indonesia Edar Topeng Muka di UTM Tanda Maaf Akibat Jerebu

Jerebu yang melanda Malaysia dilihat semakin hari semakin buruk. Hari ini sahaja, beberapa buah sekolah di seluruh negara telah ditutup susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang begitu membimbangkan. Umum sedia maklum bahawa pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh kebakaran hutan besar-besaran di Kalimantan Indonesia. Asap daripada kebakaran tersebut telah dibawa oleh angin terus ke negara-negara [...]

Semua rakyat Malaysia sedia maklum dengan jerebu yang melanda negara kita dilihat semakin hari semakin buruk.

Bahkan hari ini sahaja, beberapa buah sekolah di seluruh negara telah ditutup susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang sangat membimbangkan.

Pencemaran udara yang berlaku ini adalah disebabkan oleh kebakaran hutan besar-besaran di Kalimantan Indonesia.

rentetan daripada itu, beberapa orang pelajar dari Indonesia yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil inisiatif untuk mengedarkan topeng muka kepada semua pelajar di Universiti berkenaan.

Ianya adalah sebagai satu langkah membantu mereka mengelak daripada menghidu udara berjerebu.

Tanda permohonan maaf

Pengagihan penutup mulut itu juga sebagai simbolik kepada pemohonan maaf terhadap keadaan yang berlaku di negara kita.

Video yang dikongsikan di laman Twitter itu telah menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Rata-rata dari mereka memuji apa yang dilakukan oleh pelajar warga Indonesia terbabit.

“While everyone arguing sini sana, these UTM Indonesian students gift free masks sebagai tanda maaf dari mereka. Spread kindness”

Hari ini, masalah jerebu rentas sempadan di Malaysia semakin buruk apabila satu kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berbahaya, manakala empat lagi lokasi berada pada paras sangat tidak sihat.

Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menyatakan, bacaan IPU jerebu di kawasan Sri Aman di Sarawak kini berada pada tahap berbahaya menghampiri 400 dengan bacaan mencecah 395 setakat jam 8 malam tadi.

Empat kawasan yang mencatat bacaan IPU sangat tidak sihat ialah Kuching (214) di Sarawak; Johan Setia (230) di Selangor; Seri Manjung (227), Perak dan Nilai (206), Negeri Sembilan.