8 Hari Bertarung Nyawa, Wanita ‘Pergi’ Menyusul Suami Tinggalkan Anak Yatim Piatu

WANITA yang parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 9.2 Lebuhraya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR), 3 September lalu meninggal dunia pada 9.45 pagi di Hospital Sungai Buloh (HSB), semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan berkata, Ku Nurul Amirah Ku Fazli, 33 disahkan meninggal dunia selepas lapan hari [...]

Seorang wanita yang parah selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 9.2 Lebuhraya Kuala Lumpur – Kuala Selangor (LATAR), 3 September lalu telah meninggal dunia pada 9.45 pagi di Hospital Sungai Buloh (HSB), semalam.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Deputi Superintendan Noor Janihan Nanyan, mangsa yang bernama Ku Nurul Amirah Ku Fazli, 33 disahkan meninggal dunia selepas lapan hari dirawat di HSB.

“Mangsa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

“Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia selepas lapan hari dirawat,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sebelum ini, Harian Metro pada 3 September ada melaporkan di mana dua beranak telah maut selepas Proton Persona dinaiki hilang kawalan sebelum melanggar belakang sebuah treler dan terbakar.

Kejadian yang berlaku pada jam 11.50 malam itu menyebabkan Muhd Ridzo Fadzly Rosely, 37 dan anak lelakinya, Ahmad Ariffin, dua tahun meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tersepit.

Isterinya Ku Nurul Amirah mengalami kecederaan parah pada kepala dan seorang lagi anak lelakinya, Ahmad Danish yang berusia tiga tahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketika kejadian mereka dalam perjalanan pulang ke Bandar Tasik Puteri, Rawang selepas bercuti di kampung halaman sempena Hari Kemerdekaan.

Ahmad Danish dilaporkan akan dijaga oleh keluarganya serta keluarga sebelah kakak ipar.

Korang dah tengok Boboiboy? Jom Layan Review Boboiboy Movie 2