[VIDEO] “Peh berapa ratus ribu tu?” Aliff Syukri ‘Mandikan’ Anak Dengan Wang Tunai

Datuk Aliff Syukri sememangnya terkenal dengan ‘stunt’ menunjuk barangan mewah dan wang tunai miliknya di laman Instagram.

Terbaru, menerusi satu muatnaik video, Aliff sekali lagi menunjuk wang tunai hasil dari bisnes AS Legacy miliknya.

Di dalam video tersebut, Aliff mengeluarkan sejumlah wang tunai not RM50 dan RM100 di hadapan anak-anaknya.

Ternyata perkara itu membuatkan anak-anaknya terkejut dan sangat gembira dengan wang sangat banyak.

 

Menurut Alif, wang tersebut adalah hasil dari bisnes periuk, kasut, tudung, telekung, produk kesihatan dan bermacam macam lagi.

“abang nak bantu org yg nak buat duit..ini hasil 3hari sale skuad abg

“tang kawan korang yg suka berbisnes Syukur alhamdulillah walaupun ekonomi kurang stabil tapi bianes abang semakin kuat dan bisnes @as.legacymalaysia makin meningkat dan makin laris…

“sekarang ini abang nak bantu sesiapa yang nak berusaha utk berjaya buat bisnes dengan menjual kelengkapan kehidupan ..ni bukan mlm tpi bisnes yg hebat yg dah bantu ramai org sbb keberkesananyaa..

“Periuk kasut tudung telekung produk kesihatan dan berbmacam macam lagi ramai orang yang dah berjaya ..kalau korang nak join modal RM200-rm5000 lagi besar modal lagi besar untung..

“kalau korang berminat wussp je manager abg sekarang  cpt utk 20 terawal.. Anda berpeluang berjumpa dengan saya dan Anugerah dan saya akan membawa anda ke London umrah dan berbagai bagai lagi Yang abang akan bagi kepada mereka yang menyertai bisa abang insya-Allah dengan duit yang ada ini lebih banyak zakat dan juga bantuan yang abang akan lakukan.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on

Rata-rata netizen terkejut dengan wang tunai yag begitu banyak dan mendoakan supaya Aliff lebih murah rezeki.

Malah ada yang risau dengan keselamatan Aliff sekeluarga kerana menunjuk wang yang sangat banyak di media sosial.