Humble & Tak “Show Off” Barangan Mewah, Netizen Terkejut Harga Jam Tok Ti

Sebut sahaja Datuk Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti pasti semua tersenyum membayangkan penyanyi kegemaran ramai ini.

Penyanyi nombor satu negara ini sentiasa merendah diri, menjaga kesopanan dan menyenangkan semua pihak.

Ramai peminat berkongsi detik gembira apabila mereka berjumpa dengan penyanyi terkenal ini yang sentiasa akan melayan peminatnya.

Selain itu, Tokti juga sering berkongsi perjalanan hidupnya dengan peminat dan pengikutnya di laman sosial Instagram.

Terbaru Tokti berkongsi foto di laman sosial Instagramnya mengenai pelancaran produk Simply Siti di Indonesia.

Namun apa yang menjadi perhatian netizen bukanlah berkisar pembukaan Simply Siti di sana tetapi netizen lebih tertarik pada jam tangan yang dipakai Tokti ketika majlis itu.

Seorang pengguna Twitter bernama JatIkhwan berkongsi maklumat mengenai jam yang dipakai oleh Tokti. Menurutnya jam mewah itu antara aksesori yang bernilai ratusan ringgit.

Jam Tangan Richard Mille RM07 Antara Barangan Mewah Tokti

Selain itu juga, ada beberapa peminat menyokong keterangan Twitter yang dikongsi itu. Beliau berkongsi satu video peminat bersama Tokti dan kelihatan jam mewah itu dari jarak yang lebih dekat.


Rata-rata netizen memberi komen positif mengenai koleksi bawah mewah Tokti dan menyifatkan penyanyi kesayangan ramai ini tidak pernah “Show Off” barangan mewah miliknya kepada umum.

Tokti dilihat lebih selesa merendah diri dan tidak berkongsi apa-apa barangan mewah milik beliau dilaman sosial.

Apa yang lebih menarik apabila netizen mula mengkaji gambar-gambar lain dan mula menyiasat barangan mewah milik Tokti yang lain.

Pasti pengikut setia Tokti mengetahui mengenai minat sukan terbaru penyanyi kesayangan mereka itu yang sudah mula menceburi sukan berbasikal.

Mereka mula membuat kajian beberapa aksesori basikal milik Tokti dan membuat perbandingan harga semasa.

 

Bertapa rendah dirinya Tokti walaupun mempunyai pelbagai koleksi mewah, namun beliau tidak pernah sedikitpun menghebahkannya.

Beliau sentiasa disayangi peminat dan rakyat Malaysia dengan sikap yang sering dipamerkan beliau yang menjadi contoh yang baik kepada peminatnya.

Memiliki bakat yang besar dalam bidang nyanyian, berpewatakan sopan dan menyenangkan serta memilik wajah yang cantik Tokti antara penyanyi yang sering mendapat perhatian di hati peminat.

Semoga Tokti terus berjaya dalam bidang yang diceburi beliau dan semoga perkongsian ini mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada semua.