[VIDEO] Pavithra Kembali Di Youtube Tanpa Kelibat Sugu

Para peminat Sugu Pavithra terkejut apabila pasangan Youtuber ini telah memadam semua 98 video di saluran Youtbe mereka.

Sebelum ini, halaman Youtube Sugu Pavithra dilihat kosong kerana didakwa telah pun dipadam.

Sugu Pavithra buat kemunculan semula

Namun begitu, menurut laporan media tempatan, laman Sugu Pavithra dikatakan akan membuat kemunculan semula di saluran Youtube miliknya itu.

Walaubagaimanapun, semalam Sugu Pavithra kembali di laman Youtube dengan video resepi masakan terbaru.

Satu video yang berdurasi 6 minit dan 15 saat itu merupakan video pertama dimuat naik selepas daripada kekecohan isu salah faham antara Sugu dan Pavithra.

Hampir mencecah 200,00 tontonan video terbaru mereka

Bagaimanapun, kemunculan semula video resipi masakan di channel Sugu Pavithra telah disambut baik oleh warganet.

Setakat ini video resepi Dalca Tulang Kambing itu telah mendapat 189, 000 tontonan dan resepi tersebut sungguh menyelerakan.

Resepi Dalca Tulang Kambing

Selain itu, kemunculan Pavithra dalam video terbaru mereka dengan wajah yang ceria mengundang kegembiraan ramai.

Netizen beri kata-kata semangat

Perkembangan itu ternyata disambut baik oleh warganet yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat dan gembira dengan kemunculan semula Youtuber tersebut.

Semoga pasangan Youtuber Sugu Pavithra terus positif dan kembali aktif berkongsi pelbagai resepi mereka bersama pengikutnya.