Instagram Dikatakan Sendu, Amerul Affendi Luah Stesen TV Tak Ambil Berlakon

Bakat dimiliki oleh pelakon, Amerul Affendi tidak dinafikan lagi. Beliau telah berjaya membawa pelbagai watak dengan baik walaupun jarang muncul di kaca televisyen.

Amerul Affendi seorang pelakon yang berbakat

Malah, beliau turut dikenali ramai sebagai pelakon yang berbakat. Berilah apa sahaja watak kepadanya pasti pelakon Amerul Affendi mampu membawanya dengan baik.

 

View this post on Instagram

 

Bakal menerajui pemuda di bawah kepimpinan Tok Ayah @_nam_ron_ . #TeamPixel2

A post shared by Perakam Sejarah (@amerul_affendi) on

Amerul Affendi juga lebih dikenali kerana bakat yang ditonjolkan dan beliau merupakan pelakon yang bersih dari kontroversi.

Pelakon ini jarang dilihat dalam drama di televisyen

Walaubagaimanapun, kelibat pelakon ini jarang dilihat dalam mana-mana drama di televisyen.

Menerusi perkongsian di Twitter, Amerul menyedari pihak stesen televisyen tidak mahu mengambilnya berlakon selagi Instagram tidak mencecah lebih 500,000 pengikut.

Produksi mahu 500, 000 ribu pengikut

Pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Terbaik

Walaupun pelakon ini pernah dinobatkan sebagai Pelakon Pembantu Terbaik pada Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN (AIFFA) tahun lalu, namun beliau hanya memiliki 100,000 pengikut setakat ini.

 

View this post on Instagram

 

::Dari Festival Kecil Teater peringkat Negeri Pahang ke Festival Filem peringkat Asean.:: Maha suci Tuhan. Syukur Alhamdulillah atas penghargaan yang diberikan sebagai pelakon pembantu terbaik baru-baru ini melalui filem #OneTwoJagaCrossRoads di Asean International Film Festival Awards (AIFFA). Memang tak terjangka dan masih terkejut dengan penerimaan anugerah ini. Kerana, jika kalian menonton keseluruhan filem-filem yang dinilai di festival ini pasti masing-masing punya nilai keindahan dan kekuatan tersendiri. Di sini baru kita mengerti bahawa Maha Kaya-Nya Tuhan dan inilah membuatkan festival itu tujuannya adalah untuk meraikan kepelbagaiaan ciptaan Tuhan itu melalui makhluk dengan karya seni. Festival bukan pertandingan, itulah pemahaman yang telah dibukakan kepada saya setelah tersenarai banyak kali untuk festival baik teater atau filem, baik yang di dalam dan luar negara baru-baru ini. Manakala pemahaman dan rasa yang selalu disogok dengan perkataan “menang” atau “kalah” selalu kita dengar bila sesuatu festival berlangsung di Malaysia. Jadi sudah semestinya ia membawa kesan negatif sedangkan festival itu sendiri tujuannya adalah untuk meraikan penggiat-penggiat kesenian dengan karya-karya mereka. Masyarakat umum kita perlu diperbahrui pemahaman mereka tentang sesebuah festival agar mereka lebih memahami untuk menilai dan menghargai sesebuah karya seni. Jika hanya difahamkan bahawa festival itu sebuah pertandingan pasti akan wujudnya rasa saling benci membenci diantara pengkarya dan membawa pula kepada peminat-peminat hasil karya mereka bertelagah. Dan ini sangat merugikan nilai kesenian dan jati diri masyarakat kita yang berbilang bangsa dan agama ini. Semoga industri perfileman negara kita terus mekar bersama-sama pengkarya. Terima kaseh atas segala doa dan ucapan tahniah buat diri yang penuh cela ini. Kalau tidak kerana bakat yang diberi Tuhan kepada tubuh ini saya ini sama sahaja seperti kalian. Jadi santai-santai sajalah. Mengertilah Tuhan yang punya segala. Kita hanya hamba✌🏽 p/s : Dah tengok belum #OneTwoJaga? Kalau belum boleh tengok kat Netflix boss kurrr. Baru ada barang nak sembang. Kih kih kih

A post shared by Perakam Sejarah (@amerul_affendi) on

Selain itu, beliau turut meminta pendapat daripada netizen tentang apa yang harus dilakukannya.

Tidak mahu jalan pintas beli pengikut di Instagram

Ujar pelakon ini lagi, dia tidak mahu menggunakan jalan pintas dengan membeli ‘followers’ di Instagram kerana ianya tindakan yang salah.

Bahkan, posting tersebut mendapat pelbagai reaksi termasuk rakan seperjuangan iaitu Bront Palarae yang turut memberikan pendapat beliau mengenai isu berkenaan.

Posting berkenaan turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya memang sudah sedia maklum mengenai kehadiran Amerul di bidang lakonan industri tempatan.

Menjenguk ke ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat kepada pelakon ini dan menghargai bakat pelakon ini dalam industri seni