Sebut sahaja nama Mustapha Kamal, mesti terngiang-ngiang wajah seorang pelakon senior yang seringkali membawa watak sebagai pemilik syarikat-syarikat besar antaranya yang paling ‘famous’ adalah Megah Holdings.

Kini, ‘papa’ Mustapha mencuri perhatian umum apabila mempunyai akaun TikToknya sendiri.

Terjebak dengan aplikasi Tiktok, dia juga sempat berkongsi beberapa video antaranya ketika sedang menjalankan pengambaran drama lakonannya.

Papa kata “No Wayyy”

@mustaphakamaalKamu maseh belum cukup pengalaman untuk take over MEGAH HOLDINGSS… dan jika kamu maseh suka berpoya poya dan tidak serious dgn business .. no wayyy.♬ Banana (feat. Shaggy) [DJ FLe – Minisiren Remix] – Conkarah

Namun apa yang lebih menghiburkan, kapsyen yang ditulisnya utk video terebut membuatkan netizen ‘berdekah’!

“Kamu masih belum cukup pengalaman untuk ambil alih Megah Holdings dan jika masih suka berfoya-foya serta tidak serius dengan bisnes. Tidak akan sesekali berlaku,”

Mustapha telah memuat naik dialog drama dan seakan berseloroh dengan gelaran yang diberi oleh netizen kepadanya.

“Papa bersiap sedia untuk MEETING GLASS TUNNEL diseluruh negara dengan Robert Downey Jr untuk Megah Holdings”

@mustaphakamaalPapa bersiap sedia untuk MEETING GLASS TUNNEL diseluruh negara dengan Robert Downey Jr untuk Megah Holdings♬ Banana (feat. Shaggy) [DJ FLe – Minisiren Remix] – Conkarah

Video yang dimuat naik pada Isnin lalu itu telah ditonton lebih 60,000 pengguna TikTok dan 10,700 tanda suka.

Menerusi video lain, dia juga turut memaklumkan dia sedang bersiap untuk pergi ke ‘meeting’.

Siapa sangka video tersebut mendapat jumlah tontonan yang tinggi di applikasi Tiktok dan mendapat perhatian daripada ramai pihak.

Naik heli lawat site

“Papa bawak isteri & anak-anak, juga seorang usahawan hebat & terkenal, Azlan Al-Amin. Papa & Azlan ada projek yang sedang kami bincangkan.”

@mustaphakamaalPapa bawak isteri & anak-anak, juga seorang usahawan hebat & terkenal, Azlan Al-Amin. Papa & Azlan ada projek yang sedang kami bincangkan##megahholding

♬ original sound – Mustapha Kamal

Rata-rata warga netizen terhibur dengan ragam Mustapha Kamal yang melontarkan dialog-dialog drama Melayu yang menceritakan tentang keluarga usahawan.

Sudah menjadi ‘kerja’ warga netizen, ramai yang mula ‘sembang kencang’ di ruangan komen dan antaranya ialah:

 

“Papa saya tak kira! saya nak juga syarikat ni !”

“mana janji papa!”

“duit bukan segala-galanya papa!”

“papa, saya tak dapat masuk meeting ya”


“semakin berusia, semakin kacak”

Kini, aktor berbakat itu aktif di instagram miliknya @mustaphakamaal dan mempunyai sebanyak 54.7K pengikut.