[VIDEO] Pandu Lori Macam Hilang Akal, Penunggang Motosikal Nyaris Digilis

Setiap pengguna jalan raya disarankan untuk mematuhi semua peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

Terutama bagi pengguna jalan raya yang membawa kenderaan berat dalam keadaan berbahaya dan tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Seorang pemandu lori memandu secara berbahaya

Memetik laporan Harian Metro, tindakan seorang pemandu lori yang memandu secara berbahaya di Kilometer 75, Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kuala Krai, semalam.

Menurut Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat berkata, pihaknya memandang serius video yang tular di media sosial sejak semalam dan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Pemandu lori telah ditahan

Jelas beliau lagi, polis sudah membuat tangkapan ke atas pemandu lori berkenaan untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ujar Shafien lagi, berdasarkan maklumat awal, kejadian berlaku jam 8.30 pagi semalam apabila pemandu lori yang datang dari arah Kuala Lumpur menuju ke Kota Bharu untuk menghantar barang ke kedai serbaneka.

Lori memotong sebuah lori lain dan masuk ke laluan kanan

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan memotong sebuah lori serta masuk ke sebelah kanan jalan dan ketika memotong, secara tiba-tiba sebuah motosikal membelok ke kanan jalan dan bergesel dengan tayar lori berkenaan”.

“Penunggang dan pembonceng motosikal hendak membelok ke kanan untuk ke tempat kerja di kedai percetakan di Pahi”.

Kedua-dua mereka mengalami kecederaan

“Insiden itu menyebabkan kedua-dua mereka mengalami kecederaan, bagaimanapun penunggang motosikal dibenarkan keluar dari hospital pada hari sama, manakala pembonceng motosikal pula masih dirawat di Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai,” katanya menerusi kenyataan, di sini, hari ini.

Menerusi rakaman berdurasi satu minit 41 saat yang tular di media sosial menunjukkan pemandu lori berkenaan memandu dalam keadaan berbahaya dan beberapa kali cuba memotong garisan berkembar.

Pemandu lori sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan di tepi jalan

Difahamkan, lori tersebut memotong Perodua Bezza dan lori di hadapannya sebelum menyedari sebuah motosikal membelok ke kanan jalan.

Walau bagaimanapun, pemandu lori berkenaan sempat mengelak dan memberhentikan kenderaan yang dipandunya itu di tepi jalan.

Diharap semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan yang telah ditetapkan dan berhemah ketika berada di jalan raya.