[VIDEO] “Palestin tempat keramat, niat kerana Allah bukan nama” Dr Sheikh Muszaphar Kongsi Pengalaman Masuk Gaza

Sejak beberapa hari lepas, isu melibatkan selebriti Caprice dan juga seorang pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew masih hangat diperkatakan di media sosial.

Sementara itu, menerusi laman instagram angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar turut berkongsi pengalamannya berada di Gaza.

Angkasawan negara pernah masuk ke Gaza dua kali

Beliau turut memberitahu kepada umum bahawa di pernah masuk ke Gaza sebanyak dua kali sebelum ini bagi menyempurnakan misi kemanusiaan.

Sebagai salah seorang individu yang bertuah dan pernah menjejakkan kaki di sana, Dr Sheikh Muszaphar berkongsi pengalamannya sebelum masuk ke Gaza.

Saya mendengar luahan masyarakat di sana

Menurut Dr Sheikh Muszaphar, beliau pernah berkhidmat di sebuah hospital di Palestine semasa melakukan misi kemanusiaan.

Selama sebulan di sana, beliau berjaya memahami dan mendengar luahan masyarakat di sana.

Ujar beliau lagi, terlalu ramai orang memberi pelbagai alasan untuk masuk ke Palestine.

Ramai orang nak masuk ke Palestine

“Ramai orang mempunyai pelbagai alasan untuk nak masuk ke Palestine. Saya pernah pergi ke Gaza sebanyak dua kali selama sebulan ketika peranng sedang berlaku.”

“Saya pergi atas dasar misi kemanusiaan dan memberi bantuan perubatan pada masa tersebut. Saya bekerja di Hospital Syifa dan saya menetap dengan masyarakat di sana.”

Saya sentiasa mendengar luahan dan derita mereka

“Saya sentiasa mendengar luahan dan derita yang dialami oleh mereka. Saya sangat memahami mereka.”

Jelas Dr Sheikh Muszaphar, masyarakat di sana dipercayai tidak mahu mana-mana individu datang ke sana.

Mereka hanya mahukan bantuan sahaja seperti bantuan perubatan dan makanan.

Terlalu banyak lori dan bas yang masih menunggu di sempadan untuk masuk

Perkara tersebut boleh dilakukan oleh badan bukan kerajaan tanpa mana-mana individu masuk ke sana.

Jelas beliau, terlalu banyak lori dan bas yang masih menunggu di sempadan untuk masuk ke Palestine.

Buat sesuatu kerana Allah dan bukan kerana nama

“Palestine tempat keramat. Hanya Allah sahaja yang dapat membenarkan seseorang individu untuk masuk ke situ.”

“Oleh itu buat sesuatu kerana Allah dan bukan kerana nama dan kemasyhuran.”

Allah permudahkan urusan hamba yang punyai niat ikhlas

Di akhir posting, Dr Sheikh Muszaphar memberi nasihat kepada umum bahawa setiap perkara yang dilakukan perlu didahului dengan niat kerana Allah.

Menurut beliau, Allah akan permudahkan segala urusan hambanya apabila seseorang itu mempunyai niat yang ikhlas dan tidak melakukannya kerana nama mahupun pujian.

Buat dengan ikhlas, InsyAllah Allah permudahkan segalanya 

“Buat dengan ikhlas dan tidak perlu hebohkan kepada umum. Buat secara senyap dan InsyaAllah Allah akan permudahkan segalanya.”

“Cara terbaik yang kita semua boleh buat adalah memberi sumbangan menerusi NGO dan berdoa ketika solat. Sekadar berkongsi.”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapat angkasawan negara itu.