‘Video Of The Year’, Pelik Tapi Kelakar, Rakaman Kemalangan Kecil Buat Netizen Terhibur

Orang perempuan kalau bawa kereta, ada sahaja ragam comel mereka. Ada yang tersagat pagar, ada yang terkena pasu jiran sebelah bahkan apabila ditanya, jawapan mereka ‘tak tahu’ sebab mereka sendiri pun tak perasan bila ianya berlaku.

Disebabkan ‘sayang bini’, para suami terpaksa bersabar apabila isteri mengadu telah rosakkan kereta kerana umum kita tahu, perempuan takkan pernah salah! Jadi terpaksalah suami salahkan pasu jiran.

Persis kejadian yang tular baru-baru ini dimana dua buah kereta berwarna merah cuba untuk keluar daripada tapak parkir namun terjadi satu kemalangan kecil mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik DashCams Owner Malaysia di Facebook, kedua dua pemandu dan penumpang kereta Honda City dan Proton Saga itu keluar untuk melihat keadaan kereta di bahagian belakang.

Namun apa yang buatkan ramai terhibur adalah kedua-kedua mereka adalah perempuan malah ada yang berseloroh menyamakan situasi tersebut dengan sebuah tagline ‘Wanita Tidak Pernah Salah’.


Tidak cukup dengan itu, netizen juga menyifatkan tiada yang salah di dalam insiden berkenaan kerana kedua-duanya wanita.

“ah sudah, kalau sorang laki senang cerita, ni dua2 perempuan sapa yang nak ngaku salah ni.. dua2 kena fikir jawapan apa nak bagi dekat husband” – Netizen

Apa yang lebih terhibur adalah, ada juga yang menarik nafas lega apabila kenderaan Myvi terselamat daripada tersepit oleh kedua-dua kereta warna merah itu. Kalau tidak, mungkin ianya akan menjadi salah Myvi pula.

Antara komen warga maya:

“hahahaha berdekah aku tengok.. sepatutnya bro yang rakam ni salah”

“perempuan mana pernah salah, ni salah lelaki buat servis kereta tu alarm reverse rosak tak berbunyi”


“tu macam mana kira tu.. dua2 kereta perempuan tu.. memang tak jumpa yang salah la..”

“kau yang tukang rakam tak payah buat apa2.. biar hal pompuan sama pompuan.. kita sebagai laki tengokkan je..”

“orang perempuan ni guna cermin untuk belek2 muka je.. masa drive dorang pandang depan je..”

 

Video yang tular di laman Facebook:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)