Video Nyanyian Lama Kembali Tular, Nuha Bahrin Akui Emosi Terganggu Jadi Bahan Lawak

Penyanyi yang semakin meningkat naik, Nuha Bahrin atau nama sebenarnya Nuha Sakina Saiful Bahrin ini sememangnya cukup dikenal ramai selepas kejayaan lagu Casablanca nyanyian duetnya bersama Naufal Azrin itu turut menjadi fenomena dalam Malaysia serta luar negara dan mendapat sambutan hebat apabila sering digunakan di aplikasi Tiktok.

Malah, kini lagu tersebut sudah mencecah sebanyak 15,016,118 juta tontonan sejak mula dimuat naik ke laman YouTube.


Iospital phone repair gombak

Mungkin ada yang tidak tahu, penyanyi berusia 22 tahun ini juga pernah menjadi salah seorang peserta dalam rancangan realiti Vokal Mania terbitan TV3 yang turut disertai oleh Aisha Retno, Wafariena Roslan, Tuah Adzmi, Daniesh Suffian dan Afieq Shazwan.

Namun baru-baru ini, timbul satu isu yang kurang senang apabila video nyanyian lamanya pada tahun 2020 ketika menyertai program tersebut dijadikan bahan lawak netizen di platform media sosial.


Susulan daripada itu, pelantun lagu ‘XSEMPURNA’ ini tampil meluahkan rasa kecewa terhadap sikap segelintir warga maya. Memetik laporan Utusan Malaysia, Nuha menzahirkan ucapan terima kasih kepada individu terbabit yang telah memuat naik video berkenaan di sosial sehingga kembali menerima kecaman oleh sesetengah netizen.

Tambah Nuha lagi, dia langsung tidak mengambil hati dengan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya kerana menyifatkan perkara itu adalah sebahagian daripada cabaran dan dugaan yang perlu dihadapi sebagai seorang anak seni. Walau bagaimanapun, penyanyi ini menjelaskan emosi dirinya sedikit terganggu disebabkan komen-komen tersebut malah ia turut memberikan kesan kepada ibunya.

“Awak (individu muat naik video) sebenarnya sudah mengguriskan hati ibu saya. Apatah lagi, keluarga dan sepupu saya juga terkesan dengan perkara tersebut. Kalau awak berniat hendak memburukkan saya, sebenarnya saya sangat risau kerana awak turut mengajak orang lain melakukan dosa dengan menjatuhkan orang lain…” katanya selepas sidang akhbar majlis pelancaran lagu Casablanca dalam versi Arab, semalam.

Sekadar info, persembahan Nuha Bahrin yang membawakan lagu  “Kekasih Awal dan Akhir” nyanyian asal Jamal Abdillah sewaktu menyertai program realiti, Vokal Mania kira-kira dua tahun yang lalu mendapat kritikan daripada warganet dan dilabel sebagai perosak lagu.