Berjaya Tamatkan Ijazah Sarjana Muda, Fattah Amin Raih Anugerah Dekat Buat Netizen Kagum

Tidak dinafikan, walaupun sudah mempunyai kerjaya tetap tetapi ramai individu dalam kalangan rakyat Malaysia kini yang masih menyambung pengajian sehingga ke peringkat tertinggi di universiti.

Iospital phone repair gombak

Sama juga kisahnya dengan seorang pelakon popular Fattah Amin atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin ini apabila telah menerima pengiktirafan dan memperoleh Anugerah Dekan peringkat ijazah sarjana muda semester akhir dalam Pengurusan Industri Kreatif di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik olehnya di laman Instagram ini, memaparkan beberapa keping foto sepanjang majlis tersebut dan detik-detik ketika menerima sijil anugerah berkenaan di sebuah hotel semalam.

Bukan itu sahaja, rakan-rakan artis yang terdiri daripada pelbagai cabang seperti penyanyi Amir Masdi, Tomok, Haziq, Pekin Ibrahim, Aril Pilus juga merupakan penerima anugerah yang sama.

Difahamkan, suami kepada pelakon jelita dan usahwan terkenal Nur Fazura itu juga menyuarakan hasrat untuk menyambung pengajian ke ‘master’s level’ namun bukan dalam masa terdekat kerana masih tiada perancangan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga maya juga memberikan ucapan tahniah buat pelakon Mat Kilau itu di atas kejayaan dan usaha kerasnya yang telah menamatkan pengajian jarak jauh.

Malah ada yang turut mengatakan Fattah Amin sememangnya hadir dengan ‘pakej lengkap’ kerana bukan sahaja mempunyai paras rupa yang tampan namun pandai membahagikan masa terhadap komitmenya walaupun sudah menjadi seorang bapa dan suami.

Antara komen warga maya:

“Wahhh Tahniah Fattah..complete smua dada fatima ni..pandai..kacak..seorg bapa & suami yg soleh dn penyayang pd bidadarinya..along yg baik pd klrga…”



“elok pulak nampak baju batik ni fattah pakai…”


“Masya Allah, congratulations for you bamtah! Handsome bukan sebarang handsome, handsome dengan kebijaksanaan…”

“Alhamdulillah..congrats Fattah!!!  Never stop learning, ok! Keep soar higher & more to come in future. In shaa Allah…”

“tapi Abam Fattah mmg educated pun kan.. no wonder lah dpt Dean’s List…”

Perkongsian yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fattah Amin (@fattahaminz)