Pernah ‘On Off’ Bertudung Tanpa Pengetahuan Ibu Bapa, Diana Amir Akui Berdepan Konflik Zaman Remaja

Setiap orang di dalam dunia ini pasti ada menyimpan hasrat untuk berubah ke arah kebaikan. Namun kadangkala perjalanan melakukan penghijaraan itu sememangnya bukanlah perkara yang mudah.

Sama juga ceritanya dengan seorang pelakon Diana Amir atau nama sebenarnya Nurdiyana Amir Hashim ini apabila berkongsikan cerita mengenai perubahannya ketika sesi siaran langsung bersama pendakwah terkenal Ustazah Asma dan rakan selebriti Elfaeza Ul Haq.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh @teddybear_purple di laman TikTok ini, memaparkan ketiga-tiga wanita itu yang sedang berbual mesra berkenaan hal tersebut.

Menurut selebriti yang berusia 36 tahun itu dia mendedahkan pernah mendapat tentangan daripada bapanya ketika ingin menceburi bidang lakonan dan turut dibesarkan dalam keluarga yang memahami agama Islam.


Bukan itu sahaja, Diana juga mengatakan bapanya juga meluahkan rasa bimbang kerana mengetahui kerjaya dalam bidang lakonan itu sebenarnya tidak boleh menutup aurat serta pergaulan bebas.

“Memang ayah saya tak bagi. Saya membesar di Johor. Ibu bapa saya bukanlah macam ustaz, ustazah tapi memahami agama lah…Lepas tu bila nak mula berlakon, ayah tak suka sebab dia tahu berlakon ni tak boleh tutup aurat dan nak kena bergaul…” katanya.

Dalam pada masa yang sama, Diana Amir mengakui sering ‘on off’ mengenakan tudung sejak sejak dari zaman persekolahan tanpa pengetahuan ibu bapanya.

Tambah Ustazah Asma lagi, dia menjelaskan perkongsian kisah perjalanan hidup pelakon drama Cinta Ilahi itu bukanlah mahu menceritakan keburukan sendiri tetapi boleh memberi inspirasi buat anak-anak muda di luar sana.

” Bukan membuka pekung. Ramai anak muda yang sekarang ini sedang mencari-cari. Mereka kenal Diana Amir macam ini, mereka tak tahu Diana Amir pernah mengalami konflik zaman remaja yang dasyat. On off, pandai belakang tak pakai tudung tapi sekarang Diana berpenampilan begini boleh dijadikan inspirasi…” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa syukur melihat perubahan yang positif dari Diana Amir. Malah mereka juga menyifatkan pelakon ini seperti ‘ikon muslimah’ dan cukup memberikan inspirasi buat golongan wanita.

Antara komen warga maya:

” dia sendiri tak sanggup nak bagitau filem apa yang dia berlakon masa tengah hot memang seksi sekarang hebat dia…”


“alhamdulillah..insha’Allah semoga istiqomah…”

“diana amir taknak cakap cerita apa dia famous sebab tak elok tengok balik suka gila dia dia cantik…”

“betul…sebab diana amir pakai tudung cantik saya sikit-sikit berubah pakai tudung…”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@teddybear_purple #artishijrah #dianaamir #hijrah #artismalaysia #temubual #ustazahasmaharun #uah #madinahalmunawaroh #umrah #hijrahartis #elfaezaulhaq #hijrahfypシ ♬ Yasir Lana – arief akdw