[VIDEO] Netizen Sangka Sarungkan Stokin Pada Suami OKU, Wanita Akhirnya Tampil Bersuara

Setiap wanita yang melangkah ke alam rumah tangga pastinya mahu menjadi isteri terbaik dan solehah buat suaminya.

Pastinya impian para isteri mahu berbakti dan menjaga segala keperluan suami serta sentiasa berada disamping suami tercinta.

Setiap isteri pasti mempunyai cara tersendiri menguruskan rumah tangga

Namun begitu, setiap isteri pasti mempunyai cara yang tersendiri dalam menjaga keperluan insan tersayang.

Begitulah juga dengan situasi seorang wanita ini apabila satu rakaman video yang dimuat naik di media sosial telah disalah anggap.

Sarungkan stokin pada suami 

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita di aplikasi TikTok telah memaparkan wanita berkenaan sedang melengkapkan busana suaminya.

Nuruk Hekmah berkongsi rakaman berkenaan tatkala menyarungkan stokin kaki pada suaminya yang sedang duduk di atas kerusi.

Netizen beranggapan suaminya golongan Orang Kurang Upaya

Pasangan ini mengenakan busana pengantin sedondon bewarna kuning, menerusi rakaman berkenaan dapat dilihati wanita itu tidak kekok melayan suaminya.

Walaubagaimanapun apabila rakaman itu tular, netizen beranggapan yang suaminya adalah Orang Kurang Upaya (OKU).

Wanita itu betulkan tanggapan netizen terhadap suaminya

Apabila wanita berkenaan mengetahui perkara itu, beliau telah membetulkan tanggapan salah netizen.

Nurul Hekmah telah memuat naik satu lagi video di aplikasi TikTok dan telah menjawab soalan seorang netizen yang menyatakan bahawa suaminya adalah OKU.


Suami saya bukan OKU 

Beliau turut memuat naik beberapa video lain dan menerusi rakaman berkenaan jelas menggambarkan suami normal dan ia sekaligus menyangkal dakwaan berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap wanita berkenaan memuliakan suaminya sebegitu dan menasihatinya supaya mengabaikan komen-komen yang negatif.

Rakaman video tersebut dapat lebih 450, 000 tontonan

Malah, ada diantara mereka turut berpendapat setiap isteri pastinya ada cara tersendiri dalam menyempurnakan keperluan si suami dalam rumah tangga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media KL (@mediakl.my)

Rakaman video berkenaan telah berjaya meraih 450, 000 tontanan setakat ini dan mendapat 21, 000 tanda suka serta 500 komen.