[VIDEO] Nasi Goreng Petai Ahmad Maslan, Hidangan Penutup Tahun 2018

Datuk Seri Ahmad Maslan yang memang terkenal dengan kehebatannya memasak telah muncul lagi dengan hidangan terbaru.

Kali ini Ahmad Maslan muncul dengan resepi nasi goreng petai sebagai penutup tahun 2018.

Beliau yang memuat naik gambar di akaun Twitter miliknya berkata hidangan tersebut merupakan sarapan akhir tahunnya sambil menghuraikan resepi nasi goreng yang dimasaknya sendiri itu.

Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan (lahir 30 April 1966) merupakan seorang ahli politik dari UMNO – Barisan Nasional. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Kewangan Kerajaan Malaysia.

Di peringkat akar umbi, beliau adalah bendahari UMNO dan timbalan ketua bahagian UMNO Pontian.

Beliau sering memuat naik resepi masakan terutama nasi goreng olahannya sendiri dan sering menjadi perhatian netizen. Ada yang pernah cuba resepi beliau tak?

Masak Sendiri
Nasi Goreng Petai
Hidangan Sarapan Akhir Tahun

Nasi, petai jangan dikupas, daging, telur, bawang, halia, lada, garam, minyak sawit.

2018 thn yg amat mencabar dlm hidup saya. Namun, syukur masih boleh tersenyum dgn ingatan “ada aku kisah apa yg engkau orang cakap”

Status beliau yang menyatakan petai jangan dibuang kulit mendapat perhatian Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

“Kenapa tak perlu kupas petai?”


Sebelum ini, pemimpin UMNO itu juga ada memuat naik status hidangan masakan beliau sempena cuti perayaan Krismas.

Datuk Seri Ahmad Maslan yang sering memuat naik menu masakannya di akaun Twitter miliknya membuatkan netizen memberi saranan kepada beliau untuk bukukan resepi masakannya. Juga turut memberi cadangan, bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

https://www.youtube.com/watch?v=imZvOKXFWA0

Sebenarnya, beliau sendiri pernah memuat naik status tentang siri masakan beliau ini sudah boleh diterbitkan buku resepi. Pada status tersebut, beliau memuat naik resepi yang diberi nama NGAM (Nasi Goreng Ahmad Maslan) iaitu antara bahannya nasi, sayur sawi, bawang merah, bawang putih, telur, halia, ayam, daging, sambal belacan, dan tidak lupa juga menyebut minyak masak daripada minyak kelapa sawit.


Jika diamati kapsyen berkenaan, beliau dilihat memasak resepi masakan kampung dan menggunakan minyak masak kelapa sawit dalam masakan beliau. Mungkin ingin dilihat sebagai usaha membangunkan industri kelapa sawit yang sedikit goyah pada masa kini.

Suatu hari nanti, mungkin ada penerbit yang ingin bukukan resepi masakan unik beliau ini? Harap Datuk akan meneruskan lagi berkongsi resepi kepada netizen. Sama-samalah kita tunggu resepi beliau akan datang.

Sumber: MakanLena