[VIDEO] Nangis Disergah Polis, Kanak2 Ini Berkeliaran Waktu PKP Teman Rakan Berniaga

Seperti yang diketahui umum, rakyat Malaysia perlu menjalani Perintah Kawalan Pergerakan dan semua orang disarankan untuk duduk di rumah masing-masing.

Namun begitu, masih ada segelintir masyarakat yang tidak mematuhi arahan tersebut dan masih keluar seperti biasa.

Sama seperti beberapa kanak-kanak yang telah tular menerusi video yang dikongsikan oleh seorang pengguna facebook yang dikenali sebagai Dzul SP .

Menangis budak-budak ini bila disergah polis

Video yang berdurasi selama dua minit setengah ini memaparkan gelagat kanak-kanak yang menangis apabila disergah kerana masih berada diluar semasa waktu PKP.

Menerusi video tersebut, dapat dilihat sekumpulan kanak-kanak termasuk lelaki dan perempuan sekumpulan sedang berkeliaran di luar rumah.

Kemudian, mereka telah didatangi oleh seorang anggota polis yang menegur tindakan mereka berkeliaran di waktu PKP.

Takut di bawa ke balik, kanak-kanak itu menangis ketakutan

Jika dilihat, sekumpulan kanak-kanak itu menangis ketakutan selepas disoal dan diberitahu oleh anggota polis tersebut mereka semua akan dibawa ke balai polis.

Beliau turut menerangkan dan menegaskan apa yang perlu diketahui oleh kanak-kanak tersebut supaya kesilapan yang sama tidak berulang kembali.

Anggota polis itu tetap tegas memberitahu sekumpulan kanak-kanak tersebut telah melanggar undang-undang PKP.

Tegas dan terbaiklah anggota polis

Walaubagaimanapun, ketika dipertengahan video anggota polis itu terperasan terdapat salah seorang daripada mereka membawa bakul berisi kentang goreng untuk dijual.

Lalu, anggota polis itu bertanyakan harga semua jualan tersebut dan telah membeli kesemua jualan kanak-kanak itu.

Namun begitu, anggota polis itu masih berlembut hati membeli semua jualan kanak-kanak tadi.

Selain itu, pendekatan yang digunakan oleh anggota polis tersebut dilihat sesuatu yang bagus untuk dijadikan contoh.

Tindakan anggota polis itu mendapat pujian netizen

Rata-rata netizen turut memuji tindakan dan pendekatan yang ditunjukkan oleh anggota polis tersebut.

Difahamkan setakat ini lokasi belum dapat dikenal pasti. Semoga kita semua berusaha dan bekerjasama mematuhi peraturan PKP yang telah ditetapkan