[VIDEO] “Nampak macam 20an..” TikTok Punya Pasal, Ibu 5 Anak Tiba-tiba Popular

MASIH kelihatan cantik biarpun sudah berusia 41 tahun, kini koleksi gambar zaman mudanya tiba-tiba menjadi tular di media sosial. Begitulah situasi dihadapi Rahayu Razali, ahli perniagaan yang juga ibu kepada lima cahaya mata dari Kota Bharu, Kelantan. Segalanya bermula apabila video kompilasi foto zaman mudanya dikongsi di aplikasi video popular TikTok sebelum ia ditularkan pula [...]

Seorang wanita, Rahayu Razali yang berusia 41 tahun, tiba-tiba menjadi tular di media sosial apabila koleksi gambar zaman mudanya dimuat naik.

Ahli perniagaan ini yang juga ibu kepada lima cahaya mata berasal dari Kota Bharu, Kelantan.

Semuanya bermula apabila video kompilasi foto zaman mudanya dikongsi di aplikasi video popular TikTok sebelum ia ditularkan pula di Twitter.

Anak sulung Rahayu, Anessa Mazleen Anuar mengakui terkejut apabila ibunya menjadi perhatian ramai netizen.

“Mungkin sebab Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), adik-adik saya bosan kat rumah, mereka selongkar album-album gambar lama.”

Pada mulanya koleksi tersebut dikongsikan dalam kumpulan Whatsapp sahaja sebelu dimuat naik di aplikasi Tik Tok.

“Mula-mula dikongsi dalam grup WhatsApp keluarga je. Lepas tu adik saya edit dan post di TikTok. Kemudian ada orang share pula di Twitter,” ujar gadis berusia 21 tahun itu.

Mesra disapa Mazleen, dia berkata video itu baru sahaja dihasilkan beberapa hari lalu.

Malah, ia kini merekodkan hampir setengah juta tontonan di TikTok dan lebih 269,000 tontonan di Twitter.

Kata Mazleen lagi, dia bagaimanapun terharu dan berterima kasih apabila ramai yang memperkatakan tentang rupa paras ibunya.

“Saya tak jangka orang akan bagi reaksi macam tu. Ramai je orang lain yang cantik. Mami pun tak ada rutin atau tip pelik-pelik.


“Dia selalu suruh baca al-Quran, baca surah Yassin. Mami memang dah amalkan dari muda, setiap hari baca Yassin, pagi sebelum subuh baca al-Quran.

“Mami juga pencinta kopi,” kata Mazleen yang juga penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor.

Rahayu sudah 11 tahun mengusahakan kedai bakeri dan kini menjalankan perniagaan restoran makanan Thailand di Kota Bharu sejak pertengahan 2019.

Malah, Rahayu juga turut menjadi pengasas kepada satu jenama produk kecantikan.

Menurut Mazleen, ibunya mempunyai darah kacukan Cina, India dan berkahwin pada usia 18 tahun.

Video Rahayu Razali

Rata-rata komen di Twitter bukan sahaja memuji kecantikan Rahayu ketika zaman anak dara, malah turut memperkatakan wajah terkininya yang disifatkan cukup awet muda walaupun sudah berusia 41 tahun.