[VIDEO] “Motor tu la punca..” Viva Melambung Cuba Elak Motor Buat U-Turn Mengejut

Satu video kemalangan membabitkan sebuah kereta Perodua Viva yang hilang kawalan selepas cuba mengelak motosikal yang membuat pusingan U secara mengejut tular di laman media sosial.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku pada 11 Mei 2021, lebih kurang jam 6 petang di Bukit Kerdas, Negeri Sembilan, sempat dirakam dashcam pengguna jalan raya lain di laluan bertentangan.

Menerusi video berdurasi 20 saat itu, kelihatan sebuah motosikal berada di tepi jalan sebelum membuat pusingan U secara tiba-tiba tanpa menoleh keadaan jalan di belakangnya terlebih dahulu.

Tindakan penunggang motosikal itu menyebabkan kereta Viva cuba mengelaknya dengan membelok ke sebelah kiri dan malangnya hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum menghentam pokok di bahu jalan lalu melambung tinggi ke udara.

Pada saat kereta itu menghentam pokok, bahagian enjin Viva meletup sehingga mengeluarkan api dan serpihan keretanya terkena pada kereta saksi.

Berdasarkan perkongsian netizen, seorang lelaki warga emas yang juga Imam surau di sebuah kampung di Batu Kikir, maut dalam kemalangan itu.

 

Walau bagaimanapun, tidak diketahui sama ada mangsa memandu bersendirian atau bersama penumpang lain.

Rata-rata netizen meluahkan pandangan masing-masing mengenai kejadian itu di ruangan komen Facebook.

“Tak nk komen apa2 sebab cukup lah kejadian yg kat bayan baru yg, org awam tiba2 tuduh pakcik. India naik myvi kata mabuk tapi dia tak tahu hal sebenar, video ni tgk ad komen yg kata kereta mmg laju ada yg kata moto tiba2 kluar, tgk video pun tak jelas. So jga ya komen kita, kita baru shja lepas madrasah Ramadan.” – Nurul Aminah

“Rasanya kete tue x laju sgt kot mayb 90kmph je tp sbb kete2 jenis compact nie mmg senang sket loss balance bila brake mengejut.. Tambah2 kalo hanya salah 1 ABS berfungsi & suspension dh out.. Sbb penah alami dl mmbr bwk 50kmph je kancil tiba² terpaksa brake mengejut elak motor.. Last² smp 3-4 kali kancil berpusing atas bwh.. nasib baik la semua kami 4 sahabat kat dlm selamat.. mmg kete compact nie senang sgt loss balance bila brake/suspension out.. wallahhua’lam..” – Aimullah

“Rasanya moto tu bkn keluar simpang,tp bila kereta tu dah langgar seolah2 moto tu mcm baru keluar simpang..cer tgk blk video tu..kene pndgn saya salah.nmpk mcm kereta tu yg laju.” – Fazilah Hashim

“Nampak mcm motor tue u-turn dari kiri jalan.. sbb kalo mmg motor tue kene langgar di kiri jalan, sgt mustahil motor tue dpt selamat dgn kelajuan kereta yg lg laju dr motor.. confirm motor tue xkan dpt terbabas ke kanan dgn penunggang rilex je bawak; jika btl2 kene langgar la.. kesan momentum perlanggaran blh buatkan motor tue parah kot walaupon kene sikit je..” – Muhammad Aimullah

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati ketika memandu/menunggang di jalan raya dan patuhi peraturan jalan raya agar tidak menjadi punca kemalangan yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang tersayang.