[VIDEO] Member ‘Tidur Mati’ Sampai Tak Sedar Rumah Banjir Dimasuki Air

Hujan lebat dan sistem saliran air biasanya boleh mengakibatkan berlakunya banjir di sesuatu kawasan lebih-lebih lagi di kawasan perkampungan.

Hal ini kerana sistem perparitan di kawasan kampung adalah kurang sistematik berbanding di kawasan bandar.

Bencana alam seperti ini biasanya berlaku pada musim tengkujuh iaitu pada hujung tahun yang akan mengakibatkan kerosakkan rumah- rumah penduduk dan juga harta benda yang ada di sekitar mahupun di dalam rumah dan kebiasannya penduduk yang sudah menetap lama di kawasan seperti ini sudah bersedia membuat persiapan sekira berlakunya banjir.

Namun, lain pula kisahnya dengan seorang pemuda yang tular di tiktok baru- baru ini apabia dia merakam aksi rakannya yang sedang lena dihanyut mimpi tatkala rumah mereka dimasuki air banjir.

Tak sedar rumah dah banjir, siap peluk bantal

Kejadian tersebut berlaku di kawasan rumahnya di Indonesia. Pemuda tersebut ingin merakam kejadian yang berlaku di sekitar rumahnya akibat banjir kilat yang melanda kawasan perkampungan tersebut.

Tambah pula selepas membuka pintu rumah, dia menunjukkan keadaan rumah yang dimasuki air, apabila dia berjalan ke hadapan sedikit, terlihat susuk badan yang sedang tidur di ruang tamu.

Perkara tersebut terlihat lucu kerana rakannya dikatakan tidur mati walaupun tidur dalam keadaan banjir dan menyebabkan seluruh badannya basah.

Pemuda tersebut kemudin mengejut rakannya dan reaksi rakannya itu seolah olah tidak percaya melihat keadaan rumah mereka.

Reaksi lucu tersebut telah mendapat perhatian netizen di tiktok dan rata-rata netizen terhibur melihatnya serta meninggalkan komen yang tidak kurang menghiburkan hati.

“Bila dia jumpa tandas dalam mimpi” – Netizen

“Sedap betul member tu tidur, tak lepas bantal peluk dia tu”- netizen

Bahkan ada yang mendakwa jika berlaku kebakaran pun rakannya tidak akan sedar kerana lena dibuai mimpi.

“Ni kalau berlaku kebakaran pun tak tahu”

Walau bagaimanapun ada segelintir netizen yang berfikiran bahawa itu adalah konten semata-mata oleh kerana mempunyai kesan jejak tapak kaki keluar dari rumah berkenaan serta badan di sebelah kanan rakannya itu tidak basah.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 6.3M views, 445.6K likes dan 5,822 comments di TikTok.

@aldi_alfatih57akibat tidur terlalu nyenyak sampai tidak tau kalau rumah sudah di genangin air🤣

♬ suara asli – aldi_alfatih57