{VIDEO] “Member nak lepak mamak dgn kawan tapi bini mintak tolong kupas bawang”

Salah satu aktiviti wajib lelaki di Malaysia walau sudah beristeri dan mempunyai anak, sudah tentulah melepak mamak.

Pasti ada saja alasan untuk melepak bersama rakan-rakan sama ada untuk menonton bola sepak ataupun sekadar bersembang.

Namun begitu, satu perkongsian di Twitter telah mendapat perhatian netizen apabila lelaki ini membuat sesuatu yang tak pernah dibuat orang.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Naqiuddin, rakannya baru saja memberitahu isteri untuk keluar lepak bersamanya di kedai mamak.

Walaupun membenarkan suaminya keluar, si isteri meminta tolong suaminya mengupas bawang dan memotong cili.

Tidak mahu menghampakan kedua-dua rakan dan isteri, lelaki tersebut nekad pergi lepak mamak sambil megupas bawang dan memotong cili yang diberikan oleh isterinya.

“Cite dia member nak keluar lepak mamak dengan kawan tapi bini mintak tolong kupas bawang dan potong cili tu sampai sini dia bawak”

Perkongsian Naqiuddin menerima hampir 10 ribu retweet dan pelbagai reaksi daripada netizen.

Rata-rata dari mereka memuji apa yang dilakukan oleh sang suami tersebut.

“Ni jenis yg tak tinggl kawan n syg bini. Good job bro. Hahahahaha”

“aku rasa bini dia saja tanak bagi keluar ni tapi dia ketegaqqqq”

“Isteri dia tokei nasik ayam gepuk ni tu yang sebungkus cili padi haaaaa. Tapi jap, wujud lagi ke lelaki yang ingat isteri time lepak”

“ni dah macam lect bagi assignment pastu due esok but ko still nak kluar ngan kawan, memang lepak sambil buat keje ah jawabnya”

“Bini dia niaga nasi lemak ka hahahssha comelllllllll! Boleh buat kat suami i esok”