[VIDEO] Member Dah Tak Larat Hiking, Kawan Cuba Pujuk Bagitahu “Semeter je lagi..”

Seringkali kita lihat, semenjak perintah kawalan pergerakan dilonggarkan, banyak pusat rekreasi yang dibenarkan dibuka semula seperti taman, sungai dan bukit untuk rakyat Malaysia membuat aktiviti riadah.

Ramai juga yang melakukan aktiviti ‘hiking’ bersama rakan-rakan dan keluarga setelah lama tidak bersua muka, ada yang sudah biasa dengan menaiki bukit bukau itu dan ada juga yang baru pertama kali membuat aktiviti ini.

Pasti bagi mereka yang baru pertama kali ‘hiking’ akan merasa penat dan tidak sanggup untuk meneruskan perjalanan hingga sampai ke destinasi lebih-lebih lagi bagi orang yang berbadan comel.

Baru-baru ini tular di tiktok tentang seorang gadis yang berkongsi rakaman rakannya yang kelihatan berputus asa untuk menaiki bukit dan video tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga mencecah 1 Juta views kurang daripada 24 jam.

Di dalam video berkenaan, dapat dilihat seorang gadis berbaju belang sedang duduk mencangkung untuk berehat seketika akibat terlalu penat menaiki bukit bersama rakan-rakanya.

Namun, kata-katanya yang mencuit hati telah membuatkan netizen bukan berasa kasihan malah terhibur dengan video tersebut.

Kelihatan rakan-rakanya masih meyakinkan gadis itu bahawa checkpoint yang seterusnya sudah berada dekat dihadapan namun jawapannya yang membuat ramai terhibur kerana mendakwa dirinya tahu bahawa perjalanan mereka masih jauh kerana dia bekerja sebagai pengukur kain di jakel.

Sikit je lagi

“Jom la lagi sikit je depan tu je” kata rakannya.

“Taknak, nanti kang sampai atas tu sikit lagi sikit lagi” katanya.

“Dalam 1.5 meter” ujar rakannya lagi memberi semangat.

Aku kerja Jakel la

“Kau tahu tak 1 meter panjang ni je tau” sambil mendepa lengannya.

“Kau ingat aku bodoh ke, aku keje jakel la, aku keje ukur-ukur kain.”

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut terhibur dengan video tersebut malah ada yang memuji rakan-rakannya kerana masih memberi semangat demi kesihatannya.

“Siapa pernah kena macam ni kita geng. Bagus lah member dia ni support untuk kesihatan”

@nainossssmembe jarang tak lawak. 🤣

♬ original sound – Nynaaaaaaaaaa🌸

“Alhamdulillah Member sampai walaupun level 1 at least dia dah Cuba ok next kita akan pegi next level”

@nainossssAlhamdulillah Membe sampai walaupon level 1 at least dia dah Cuba 💪🏻 ok next kita akan p next level

♬ original sound – Nynaaaaaaaaaa🌸