[VIDEO] “Makcik taknak menantu Minah Kilang,” Gadis Ini Sedih Tak Diterima Ibu Ex-BF

Segelintir masyarakat masih lagi memandang sesuatu kebendaan sebagai ukuran dalam kehidupan harian termasuk juga pekerjaan seseorang.

Stigma tersebut masih lagi wujud dalam segelintir masyarakat kita yang memandang rendah sesetengah profesion pekerjaan seseorang tanpa usul periksa.

Dengan cabaran dan ekonomi negara yang tidak menentu ketika ini, mempunyai pekerjaan yang halal merupakan satu rezeki yang tidak terhingga.

Ramai diluar cuba pelbagai kerja untuk teruskan hidup

Ini kerana ramai diluar sana yang sedang berusaha untuk meneruskan kelangsungan hidup tambahan pula bagi mereka yang mempunyai keluarga.

Kadangkala, mereka yang mempunyai pendidikan juga terpaksa bekerja cukup makan kerana masih belum mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik ketika ini.

Apapun pekerjaan seseorang bukan lesen perlekehkan mereka

Jadi apapun profesion pekerjaan seseorang, ia bukanlah lesen untuk kita memperlekehkan mereka asalkan pekerjaan itu halal dan berkat.

Begitulah juga yang dihadapi oleh seorang pengguna aplikasi TikTok yang bernama Faten Syazwani yang berkongsi mengenai kisah hidupnya.

Dipandang rendah kerana minah kilang

Menerusi klip video yang dimuat naik oleh gadis ini, beliau pernah dipandang rendah hanya kerana pekerjaannya.

Berkongsi lanjut mengenai kisahnya, dia pernah dipandang rendah oleh ibu kepada bekas teman lelakinya sebelum ini.

Cucu-cucunya nanti tidak berpelajaran 

Hanya kerana dia seorang minah kilang, ibu kepada bekas teman lelakinya itu risau bakal cucu-cucunya nanti tidak akan mempunyai pelajaran yang bagus kerana ibu mereka.

Meskipun terkilan dengan perbuatan tersebut, Faten cuba menjauhkan diri dan tidak pernah memberitahu bekas teman lelakinya akan perkara tersebut.

Berdiam diri kerana tidak mahu anak lelaki membenci ibunya

Dia berpendapat bahawa tindakan yang dilakukan olehnya adalah sesuatu yang betul dan tidak mahu lelaki tersebut membenci ibunya.

Dia berkongsi perkara tersebut sebagai pengajaran dan gadis ini bakal bernikah dengan lelaki pilihanya tidak lama lagi.

Perkongsian mengenai kisah tersebut telah mendapat perhatinya ramai sehingga ada yang terinspirasi dengan kisah gadis ini.


Kecewa dengan masyarakat yang pandang rendah pekerjaan mereka

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan cara gadis ini berdepan situasi berkenaan.

Malah, mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing dan kecewa dengan stigma masyarakat yang memandang rendah pada sesetengah pekerjaan tanpa berfikir sumbangan sektor tersebut kepada negara.

@cikfatensyazwaniMaaf laju sangat 🙏🏻##WeDoDanceChallengeMY ##esekeli ##fypシ ##foryoupage ##tiktokmalaysia ##fypdongggggggg ##fypシ♬ Hati Yang Kau Sakiti – Rossa

Sudah menjadi tunanagan orang

@cikfatensyazwaniSekian kisah fatin ##WeDoDanceChallengeMY ##fypdongggggggg ##esekeli ##fypシ ##fyp

♬ original sound – EL HAMA

Selain itu, orang ramai turut menitipkan doa dan kata-kata semangat kepada gadis ini untuk terus maju dan berjaya dalam hidup.