[VIDEO] Luluh Hati Lihat Warga Emas Melutut Tengah Jalan, Lelaki Ini Berhenti Beri Bantuan

Dalam mengahadapi zaman pandemik ini, ramai di antara kita yang terjejas sehinggakan ada yang dibuang kerja, diberi cuti tanpa gaji dan juga peniagaan merosot teruk.

Akibatnya, mereka ini hilang punca pencarian atau meraih pendapatan yang jauh lebih rendah sehingga sukar untuk menampung kelangsungan hidup.

Situasi itu sememangnya amat sukar untuk kitatempuhi namun kini sedikit demi sedikit eknonomi negara semakin dilihat pulih dan boleh melakukan pelbagai aktiviti harian.

Terbaru, tular sebuah video di applikasi Tiktok yang dikongsi oleh @firdausothmann dimana memaparkan seorang lelaki cina meminta sedekah di jalan raya menarik perhatian ramai.

“Hidup ni tak senang dek. Semoga korang semua bertahan. Di permudah urusan” katanya melalui kapsyen

Menerusi video tersebut kelihatan lelaki cinta itu meminta sedekah kepada salah seorang pengguna jalan raya disitu.

Namun apa yang lebih membuatkan orang ramai tidak sampai hati melihat adalah apabila melutut dan menyembah jalan raya itu untuk meminta sedikit wang daripada kereta berkenaan.

“Disaat kita tak tahu nak minta tolong dekat siapa, ini adalah pilihan terakhir”

“Yesterday is history.. Tomorrow is mystery.. jadi jangan adili seseorang berdasarkan masa silamnya.”

Disebabkan prihatin dan kasihan dengan lelaki cina tersebut, lelaki ini terus membuka tingkap dan memanggilnya untuk memberikan sedikit wang.

Tidak kiralah berapa jumlah wang tersebut namun uncle itu kelihatan sangat bersyukur dan berterima kasih kepadanya kerana telah memberikan wang itu.

“Guna concept..’tak miskin kau hulur seringgit'”

Dalam pada itu Uncle tersebut sempat meluahkan isi hatinya namun disebabkan lampu isyarat bertukar hijau, dia terpaksa meminta izin untuk beredar.

“Kadang-kadang meluahkan dapat meringankan beban.. kadang-kadang pendam juga adalah satu cara juga.. tapi sama ada kuat ataupun tidak..”

Ketika artikel ini ditulis, video berdurasi 45 saat tersebut telah pun meraih 171.1K tontonan, 15.1K tanda suka, 233 komen dan 171 perkongsian.

Video tular di laman Tiktok

@firdausothmannHidup ni tak senang dek. Semoga korang semua bertahan. Di permudah urusan♬ original sound – Firdausothmann – MarkFirdausothmann

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa syukur oleh kerana masih ada lagi manusia yang prihatin dan baik hati atas dunia seperti lelaki ini.