[VIDEO] Lemas Ketika Membantu Orang Awam, Anggota Bomba Hembus Nafas Terakhir Pagi Tadi

Jasa, bakti dan pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), sememangnya tidak terbalas.

Benarlah, Jodoh, ajal dan maut di tangan tuhan. Tidak akan cepat sesaat dan tidak akan kurang sesaat.

Terbaru, tular di dada akhbar tentang seorang anggota penyelamat yang dikenali sebagai Mohd Diya Che Jusoh dikatakan tiba-tiba sahaja rebah dalam air tinggi separas dada.

Hal ini berlaku oleh kerana hujan lebat yang berterusan di beberapa buah negeri yang menyebabkan sesetengah kawasan dinaiki air.

Mengulas lanjut, tular satu rakaman yang memperlihatkan sekumpulan ahli bomba sedang bertungkus lumus menjalankan tugas bagi membantu orang awam berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Namun, Mohd Diya dikatakan rebah ke dalam air sebelum diberikan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) di lokasi kejadian.

Anggota berusia 46 tahun itu dengan segera dikejarkan ke pusat perubatan. Namun pun begitu, dia tidak sedarkan diri dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan walaupun telah menerima rawatan.

Sebentar tadi, ahli keluarga anggota bomba ini telah mengesahkan bahawa Mohd Diya Che Jusoh telahpun menghembuskan nafasnya yang terakhir kira-kira jam 3.11 pagi tadi.

Perkhabaran duka itu dikongsikan di laman twitter @seketulnajwa yang juga merupakan anak saudara kepada Mohd Diya.

Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan kejadian tersebut.


“You’ve done a lot of great things. sekarang pak ude rehatlah sepuas sepuasnya dekat sana. we love you and you will forever be missed” tulis anak saudarannya itu.

Menerusi kemaskini media, jenazah wira negara ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid An-Nur, Krubong. Melaka Tengah, kira-kira pukul 11.38 pagi hari ini.

“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh.” (Surah an-Nisa’: 78).