“Baru umur 12 tahun nak terberanak” Banyak Kes Gadis Bawah Umur Hamil, Doktor Tegaskan Ia Tetap Rogol

Tular sebuah video di media sosial seorang doktor yang menerima pesakit seawal usia 12 tahun dalam proses melahirkan bayi.

Dia yang lebih dikenali dengan Dr Najdah Othman berkongsi satu video di laman Tiktok miliknya @najdah_bo.

Difahamkan, Dr Najdah pernah bertugas di Jabatan Kecemasan Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor.

Dia berkata, mereka sering menemui kes rogol atau hubungan seksual secara sukarela dengan atau antara kanak-kanak bawah 18 tahun.

“This is sick! dapat pesakit nak terberanak..umur 12 tahun!”

“Di Malaysia kita ada akta kanak-kanak.. apa juga hubungan s3ksual dengan wanita bawah 16 tahun sama ada rela atau paksa, tetap dikira rogol! (statutory rape)”

“Tahu kah anda, rela ke tak, suka ke tak, tetap SALAH! pelaku boleh dijatuhkan hukuman penjara 20 tahun dengan sebatan.” katanya di kapsyen menerusi video tersebut.

“Sebagai seorang yang beragama Islam tak dinafikan saya sedih bila dapat kes-kes macam ni, kadang-kadang rasa terkejut pun ada kalau kes advanced, maksudnya hubungan itu berlaku atas dasar suka sama suka.

“Mereka ini didedahkan terlampau awal mungkin dari kecil mereka dah expose tengok video porno atau belajar daripada adik-beradik dan kawan-kawan.”

“Walaupun kerap jumpa (kes rogol statuari) tetap akan akan ada rasa terkejut,” jelasnya yang kini bertugas sebagai doktor perubatan di unit kecemasan, di sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

Menerusi laporan mStar, Dr Najdahturut berpendapat, sama ada kanak-kanak itu mengandung atau tidak, masyarakat perlu sedar bahawa kes tersebut akan tetap disiasat sebagai kes rogol memandangkan ia melibatkan kanak-kanak bawah umur.

“Ada yang mengandung, ada yang tak tapi charge tetap sama bawah statutory rape cuma nak sabitkan kesalahan itu tergantung kepada siasatan dan bukti kes.

“Tapi saya nak mereka di luar tu tahu yang hubungan seks dengan kanak-kanak bawah umur ni ada hukumannya tak kira mereka melakukannya secara suka sama suka, biar mereka fikir banyak kali sebelum terlibat tak kira lelaki mahupun perempuan,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Najdah turut mendedahkan antara mangsa yang paling muda dia uruskan termasuklah seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang dirogol abangnya yang berusia 13 tahun.

“Untuk kes yang suka sama suka ni kita cuma boleh bagi nasihat supaya mereka tak ulang semula dan ambil iktibar sebab kalau nak marah pun dah tak guna nanti mereka memberontak.”

“Tapi bagi kes yang betul-betul mangsa rogol memang simpati sangat, mereka mungkin mengalami trauma dan kesukaran untuk lupakan kejadian tersebut,” katanya.

“Bagi saya kes bawah umur semuanya tetap mangsa keadaan sebab kebanyakan mereka ada yang memang naive tak tahu benda tu salah dan boleh mengakibatkan mereka mengandung.” tambahnya lagi.

“Ada juga yang menjadi mangsa grooming, atau disebabkan desakan dan permintaan teman lelaki ada juga yang kurang upaya, lembam ada yang diperlakukan oleh abang sendiri,” jelasnya.

“Anak-anak kena tahu bahagian tubuh yang mana boleh disentuh, apa yang tidak boleh disentuh dan tak boleh dilihat oleh sesiapa pun, dan apa kesan daripada perlakuan mereka.

“Bagaimana nak bezakan sentuhan kasih atau grooming daripada orang yang dikenali.

“Ibu bapa juga perlu memantau penggunaan telefon bimbit serta pergerakan anak-anak,” katanya.

Dr Najdah juga turut memaklumkan bahawa saiz pelvis yang masih kecil boleh menimbulkan kesukaran semasa proses kelahiran serta risiko komplikasi kelahiran yang tinggi. Ianya sangat bahaya terhadap kanak-kanak.

“Apabila mengandung keadaan fizikal wanita itu akan berubah, dan kalau kanak-kanak itu tubuhnya kecil, ia boleh beri kesan kepada kandungan dan proses kelahiran.

“Bagaimanapun rujuk pakar untuk menilai keadaan pesakit secara keseluruhan, seandainya kandungan itu boleh beri kesan psikologi jangka panjang atau mengancam nyawa ibu, mereka akan dinasihatkan untuk menggugurkan kandungan.

“Dari segi emosi pula bayangkan di usia muda sudah perlu jaga anak yang mereka tak rela, terpaksa pikul tanggungjawab sebagai ibu tunggal jadi bagaimana mereka mahu sara anak tanpa kewangan dan sebagainya.” jelas Dr Najdah yang juga merupakan salah seorang penasihat rumah perlindungan wanita mengandung tanpa suami, Baitus Solehah.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 749k tontonan,71.6k tanda suka, 1548 komen dan 1445 perkongsian.

@najdah_bo Why this happened? ☹️#SlowZoom #statutoryrape ♬ original sound – Nina Dobrev & Delena

Meninjau di ruangan komen, siapa sangka ramai yang berkongsi pengalaman mereka menjadi salah seorang mangsa jenayah seksual bawah umur ketika dulu.

Rata-rata netizen mendoakan agar pelaku mendapat baasan yang setimpal di dunia mahupun akhirat.