[VIDEO] Layan Seperti Ibu Kandung, Mentua Menangis Dihadiahkan Rantai Emas Oleh Menantu

Perkahwinan bukan sahaja menggabungkan dua hati malah menjadi satu ikatan dua keluarga.

Kita tetap kena anggap ibu mertua itu seperti ibu sendiri walaupun dia bukan melahirkan kita, walaupun pada zahirnya tak ada pertalian darah dengan kita.

Sama juga seperti kisah yang tular baru-baru ini, keakraban menantu lelaki dengan mertua terlihat apabila lelaki tersebut memberi hadiah kepada ibu mertuanya itu.

Menerusi video yang dikongsi oleh @mimienia2 di applikasi Tiktok, memaparkan seorang menantu yang memberikan ibu mertuanya seutas rantai leher.

Terharu dengan tindakan lelaki itu, ibu mertuanya mula sebak dan mengalirkan airmata syukur dan gembira.

Difahamkan, dia menumpang kasih ibu mertua kerana ibu kandungnya jauh berada di sabah.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah pun meraih 212.1k tontonan 19.4k tanda suka, 1158 komen dan 545 perkongsian.

Video berdurasi 20 saat itu jelas menarik perhatian warga netizen dan menggangap hubungan antara menantu dan mertua seperti ini sukar untuk diperolehi zaman kini.

Video tular di laman Tiktok

@mimienia2utk mak mertua♬ bunyi asal –

 

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan sikap lelaki ini dan turut mendoakan agar sang menantu diperluaskan lagi rezekinya.

“Bukan senang nak jumpa menantu macam ni, bagi aku kau 100% menantu terbaik”

“Mak mertua macam mak kita”


“Terbaik lah layanan sama seperrti mak sendiri.. itulah yang sewajibnya.. tahniah”

“Sebak mak cik dik.. susah jumpa menantu macam ni… yang selalu dapat hantu”

“Tahniah bro semoga rezeki bro bertambah lagi”

Semoga ini merupakan salah satu asbab kepada luasnya pintu rezeki lelaki tersebut dan menjadi pengajaran kepada orang ramai agar memperlakukan ibu mertua seperti ibu kandung.