[VIDEO] Lap Periuk Guna Baju Kelawar, Cara Wanita Ini Masak Nasi Buat Ramai Boleh Relate

Media sosial kini menjadi platform orang ramai berkongsi aktiviti harian mereka di saat pandemik ini untuk mengisi kebosanan sepanjang berada di rumah.

Ada yang berkongsi nasihat, resipi masakan, lawak jenaka malah ada yang membuat parodi tentang masyarakat masa kini.

Tidak dinafikan lagi, sebagai wanita kita pastinya telah dipraktikkan untuk belajar memasak nasi oleh ibu sejak kecil lagi.

Wanita ini dedah fungsi baju kelawar semasa masak nasi

Jika dahulu, nasi dimasak menggunakan kayu api. Kini semuanya serba moden nasi dimasak menggunakan periuk elektrik dan hanya perlu tekan saja serta menjimatkan masa.

Namun sebelum memasak nasi kita pasti akan mempelajari setiap pergerakan dan cara ibu kita ketika memasak bukan.

Geng mak-mak lap periuk basah macam mana

Antaranya seperti membasuh beras, dan mengelap periuk yang basah. Menurut kata orang agar masakan itu sama seperti masakan ibu kita.

Terbaharu tular di media sosial tiktok tentang seorang wanita berkongsi cara dia memasak nasi dengan kapsyen “Geng mak-mak hadir”.

Video tersebut telah menarik perhatian netizen oleh kerana caranya mengelap periuk nasi menggunakan baju kelawar sebelum masuk ke dalam ‘rice cooker’.

Geng mak-mak memang macam gini ke

“Geng mak-mak memang gini ke? kain mana kain?” katanya.

Dalam perkongsiannya itu, netizen turut terhibur kerana gelagatnya yang selamba mengelap periuk nasi dengan baju kelawar selepas beras itu di basuh.

Hal itu menyebabkan perkongsian video di tiktoknya itu mendapat banjiran komen kerana ramai yang boleh relate dengan perkara itu.

Rupanya ramai yang menggunakan kaedah itu semasa memasak malah ada juga yang berkata terdapat banyak kegunaan baju kelawar untuk para mak-mak.

Bukan mak-mak je, anak dara pun buat macam tu jugak

“Sebijik! Habis masak, baju kiri kanan lencun. Tak kira sekali basuh tangan lap dekat baju. Haha typical mak-mak”– Netizen

“Bukan Mak-mak je. kami yang anak dara. Tngok mak buat, kami ikut buat” kata netizen lagi.

Banyak kegunaan baju kelawar ni

“Banyak kegunaan baju mak-mak ni. anak2 lepas basuh tangan dan mulut pun lap kat baju mak juga adehh.”

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 852.8K views, 45.7K likes dan 8.8K shares di laman TikTok.

@kakmawar3geng mak2 hadirrrr♬ original sound – Mawar