Video Lambakan Susu Nilofa Dibuang, Netizen Kecewa Tengok Pembaziran Berlaku

Tidak dapat dinafikan, perniagaan selebriti dan usahawan terkenal Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor ini sememangnya cukup popular di kalangan rakyat Malaysia malah pelbagai produk yang telah dikeluarkan olehnya juga sering mendapat sambutan hangat seperti Tudung, Inai Nunha, Susu Nilofa, Cookies dan bermacam lagi,

 

Iospital phone repair gombak

Walau bagaimanapun, kebanyakkan produk Neelofa pernah dihimpit dengan kontroversi termasuklah susu pisang Nilofa.

Sejak dahulu lagi, ramai yang mempertikaikan rasa susu yang dijualnya dan didakwa ‘tidak laku’ kerana pihak mereka telah memberikan susu tersebut secara percuma kepada orang ramai berdekatan lokasi HQ.

Baru-baru ini tular di platfrom media sosial dimana susu nilofa keluaran selebriti ini telah dibuang dan dipercayai kerana sudah ‘expired’.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @anakradzon di laman TikTok ini, memaparkan produk susu Nilofa berperisa mangga yang berada di dalam tong sampah besar dengan jumlah yang sangat banyak.


Perkongsian ini telah mencuri tumpuan netizen kerana mereka menganggap banyak lagi kaedah lain yang boleh dilakukan daripada membuang ‘rezeki’ tersebut. Ada yang mengatakan lebih baik disedekahkan atapun dibuat baja tanaman agar mengelakkan pembaziran berlaku.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut meluahkan rasa kesal dan bengang terhadap individu yang telah membuang susu nilofa itu ke dalam tong sampah yang besar. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan produk sebegitu sememangnya cepat mencapai tarikh luput.

Antara komen warga maya:

“subhanallah….. aku xpaham kenapa nak buang? rosak ke? kalau expired, kenapa sblm xpired xsedekah kat org kalau x laku … pembaziran laaa…”



“Ini adalah satu risiko yang harus dihadapi jika salah planning sales, salah plan stock silap stock handling or .. Kebiasaan yang merugikan….”


“Susu yg tamat tempoh jangan di buang!!! Sebenarnya susu tamat tempoh ni boleh dibuat baja tanaman! Pokok akan galak berbuah dn berbunga!..”


“nape tak check expired..bagi je sedekah sebelom habis tarikh luput sayangnyaaa makanan..”


“kenapa lah buang check lah expired bila..jual murah murah kat jiran..”

Perkongsian yang tular di laman TikTok:

@anakradzon what’s going on ?? kenapa kah? mengapakah? #fypindonesia #fypmalaysia #fypageシ #fyp #fypシ #fypinfo #fypsounds #fypgakni #fypdongggggggg #fyppppppppppppppppppppppp #fypforyoupage #fypforyou #fypsarawak #fypviral #fypシ゚viral ♬ Oh No – Kreepa