“Saya masih boleh berlakon, tapi.. ” Hidap Penyakit Buah Pinggang, Along Eyzendy Keadaan Semakin Baik

Siapa yang pernah menonton filem Gedebe, Khurafat: Perjanjian Syaitan Cerita Kita, 1 Lawan Satu, Lu Mafia Gua Gangster ini pasti perasan akan kehadira seorang pelakon lelaki yang berbakat besar iaitu Along Eyzendy atau nama sebenarnya Mohd Eyzendy Mohd Aziz ini.

Iospital phone repair gombak

Terdahulu, Along mengesahkan menghidap sakit buah pinggang kronik dan telah menjalani pemebedahan pemindahan buah pinggang pada April lalu. Dia juga menjadi perhatian ramai apabila isterinya sendiri menawarkan diri untuk mendermakan buah pinggang kanannya.

Memetik sumber, pelakon ini menjelaskan keadaan kesihatanya semakin baik dan sudah kembali aktif dalam bidang lakonan setelah sekian lama menyepi namun dia menjelaskan ada batasan dimana tidak melakukan adegan yang berat kerana takut akan memberikan tekanan pada dirinya.

“Saya hairan sebab ramai yang sangka saya masih sakit. Ramai juga yang bertanya, apakah saya sudah boleh berlakon? Alhamdulillah, keadaan saya semakin baik. Saya akui, sedikit degil sebab doktor nasihatkan supaya berehat lebih lama. Saya hanya berehat enam bulan dan selepas itu, kembali bekerja…”

“Insya-Allah, saya masih boleh berlakon, tetapi bukan membabitkan babak berat seperti pergaduhan. Bimbang ia memberi tekanan pada diri” katanya.

 


Walau bagaimanapun, dia sudah mula menjalani beberapa pengembaran tetapi harus menjaga permakanan dan minum agar dapat mengelakkan sebarang komplikasi pada bahagian tempat pembedahan.

“Saya kena bekerja kerana ada mulut yang perlu disuap. Sebelum ini, isteri tidak bekerja kerana saya mahu dia beri perhatian kepada anak-anak. Alhamdulillah, saya tiada masalah untuk menjalani penggambaran, malah pernah berada di lokasi selama 15 jam. Namun, saya perlu jaga makan, minum dan cukup tidur..”

“Kalau tidak cukup tidur, badan akan rasa tidak sedap dan bahagian tempat pembedahan juga sakit. Diikutkan hati, saya mahu redah sahaja, tetapi badan pula tidak berapa kuat,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menitipkan doa buat Along Ezandy agar cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Bukan itu sahaja, ada yang menyifatkan pengorbanan isterinya sememangnya jarang dilakukan oleh golongan wanita untuk suaminya.

Antara komen warga maya:

“moga dipermudahkan urusan dan cepat sembuh..”


“rokok kurangkan..kang tak pasal-pasal paru-paru pulak..semoga cepat sembuh..”


“isteri jugak yang berkorban..hargai isteri waktu susah dan senang, sakit dah sihat..”


“hargai pengorbanan seorang isteri hingga hujung nyawa..tidak ramai isteri yang boleh buat..”