“Kami tak gaduh tapi..” Rahim Dedah Shuib Tak Akan Bersama Di Sepahtu Reunion Live Tour 2022

Sebelum ini, ramai di antara peminat-peminat yang tertanya-tanya dan menantikan kemunculan semula Shuib di sitkom komedi Sepahtu Reunion Live selepas dia memaklumkan sudah kembali aktif dalam industri hiburan dan menjadi penyampai radio di Suria Fm.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhammad ini telah menjelaskan tidak akan kembali muncul dalam Sepahtu Reunion Live di atas sebab-sebab yang tertentu dan menolak dakwaan berselisih faham dengan ahli-ahli yang lain.
Iospital phone repair gombak

Namun pun begitu, pelawak Rahim yang juga ahli Sepahtu ini mengatakan hubungan mereka bersama Shuib masih baik dan tidak pernah bermasam muka walaupun dia sudah tidak lagi bersama Sepahtu. Malah sentiasa berhubung dan bertanya khabar antara satu sama lain.

Memetik sumber, Rahim menyifatkan sahabat baiknya itu adalah ahli yang tiada gantinya dan turut menjelaskan akan sentiasa terbuka jika mahu bekerjasama pada masa akan datang seperti menjadi cameo.

“Terus-terang antara kami tiada apa isu dan baik-baik sahaja walaupun Shuib sudah tidak bersama Sepahtu. Kami memang sudah tidak berada di pentas yang sama tapi masih berkawan dan berhubung. Saya tak pasti jika sebelum ini Shuib ada merajuk. Mungkin dia terasa hati dengan industri sahaja bukan dengan kami…”

“Dengan kami memang sentiasa terbuka untuk dia datang dan bekerjasama seperti sebelum ini menjadi cameo untuk Sepahtu Reunion dan sebagainya..” katanya

Dalam pada itu, program sitkom komedi ini telah memaklumkan berita gembira dimana bakal menjelajahi tiga buah negeri Johor, Terengganu dan Kedah untuk Sepahtu Reunion Live Tour sebagai tanda perhargaan sokongan peminat mereka yang akan berlangsung bermula 14 Oktober 2022 ini.

Menurut Rahim, persembahan jelajah tersebut itu tidak akan disertai oleh Shuib. Namun tetap akan ada tetamu jemputan oleh beberapa selebriti terkenal.

“Kami kini sedang fokus content serta idea untuk dibawakan ke persembahan di luar Kuala Lumpur nanti. Setakat ini masih dalam perbincangan. Seperti biasa akan ada cameo yang akan memeriahkan lagi persembahan kami seperti Erra Fazira, Uqasha Senrose, Elizad dan ramai lagi…”

“Tapi untuk ahli Sepahtu yang terdahulu belum ada yang pasti untuk sertai. Cuma Shuib sudah mengesahkan dia tidak dapat sertai kami untuk persembahan jelajah ini..” jelasnya